February 6, 2017

Assalamualaikum


Lamanya tak bersua kan..Ada yang rindu ke dengan Kak Long?  Seperti biasa Kak Long masih lagi dibelenggu kesibukan yang agak melampau...Tak sempat nak mencoret langsung di blog kesayangan Kak Long nie...Sadis sungguh kan...

Ni dah masuk bulan Februari...Masa memang cepat betul berlalu...Sepanjang bulan Januari yang lepas Kak Long sibuk uruskan persekolahan anak anak...Qistina yang sulung dah pun darjah 4, tahun ni...Qaleesya pula teruskan persekolahan di tadika yang sama tahun lepas...Zahra dan Amani masih lagi dengan pengasuh yang lama...Kak Long dan Mr Hubby ada terfikir juga nak hantar Zahra ke tadika tapi tunggu tahun depan la...Tunggu dia 5 tahun...

Disebabkan cuba untuk menjadi mama yang terbaik untuk anak anak...Kak Long sejak Qistina start sekolah tahun nie bekalkan dia makanan setiap hari ke sekolah...Sepanjang hari persekolahan Kak Long akan bangun seawal jam 5.00 pagi untuk prepare makanan...




Antara bekal yang sempat Kak Long buatkan untuk anak anak...

Syukur alhamdulillah, kami suami isteri manage to buy new car untuk kegunaan bersama Januari lepas...Kereta dari jenama kebanggaan Mr Hubby...Target kitorang nak beli Nissan Xtrail atau Mazda CX9...Tapi bila dicongak congak...Masih belum mampu untuk bayar sampai seribu lebih setiap bulan...Syukur alhamdulillah last week dah pun keluar Honda BRV yang Mr Hubby usha since last year lagi...Amek plat number Putrajaya...Dan masih mengekalkan nombor yang sama dengan kete lama...8348...

Bulan lepas juga Kak Long dah register untuk ambil peperiksaan PSL Gred N41...Permohonan cuti belajar bergaji penuh yang Kak Long apply di jabatan tidak diluluskan tahun nie,,,Jadinya Kak Long terus beralih ke cara lain pula...Apply exam ni time awal Januari yang lepas...Insyaallah akan exam pada awal bulan Mac 2017...I have a month jer nak buat preparation...

So masa yang ada memang agak terhad dengan semua yang perlu dibuat sekarang nie...Wish me luck ya korang...Memang bukan senang nak lulus exam tu...So kena struggle print out semua notes dan cari segala buku buku rujukan...Really hope boleh lulus exam ni dengan cemerlang...Hihihihi...Tinggi sungguh angan angan ku ini...

Okey...Meh belanja pic tuan punya blog...Jumpa lagi next entry ya...