December 22, 2015

Persiapan Sekolah Anak Anak

Assalamualaikum 

Erm...Biasa la bila dah hujung tahun gini mesti kita yang dah jadi mak bapak nie duk sibuk nak siapkan duit untuk yuran sekolah anak-anak, duit untuk beli buku dan baju sekolah anak-anak dan hujung tahun nie juga la konon kononnya berhajat nak bawak family berjimba holiday kan...Tapi niat nak berjimba holiday tu lum comfirm lagi...Yang penting fokus untuk persekolahan anak anak dulu...

Kalau nak difikirkan dengan gaji laki bini yang mungkin overall dalam RM5k satu keluarga macam Kak Long ni memang tak cukup wooo kalau semua perbelanjaan ni nak dibuat sekali harung...Mana nak settlekan loan rumah, mana nak settle loan kete, mana nak settle bayaran pengasuh anak anak lagi...Dengan harga barang yang makin hari makin melambung dan dicampur plak dengan GST...Memang boleh berpeluh peluh memikir...Betul tak korang?



Syukur alhamdulillah...Untuk sesi persekolahan anak anak untuk tahun 2016 ni...Kak Long dan Mr Hubby memang dah prepare awal awal...Tahun depan nie bukan setakat Nur Qistina Farzana jer yang sekolah...Nur Qaleesya Arissa pun akan memulakan persekolahan...Qaleesya akan start belajar di Tadika Agama Johor pada 3 Januari 2016...Qistina pula dah Darjah 3 tahun depan...

Untuk pengetahuan korang Kak Long dan Mr Hubby memang ada akaun bersama...Tiap bulan kitorang memang akan mendisiplinkan diri untuk menabung kat dalam akaun bersama tu...Jadi sejak lepas Hari Raya Aidilfitri hari tu...Duit saving dalam akaun bersama tu hanya dikeluarkan untuk perbelanjaan sekolah anak anak jer...Walaupun tak seberapa amaun yang disimpan setiap bulan tapi kalau dikumpulkan lepas la nak buat belanja persekolahan anak anak...

Dan start dari tahun lepas Kak Long dah mula amalkan sopink barang sekolah anak anak sikit sikit...Tak ler rasa terbeban sangat bila kuar duit berbelanja tu...Tahun nie Mak Cik Kak Long sudi nak jahitkan baju sekolah Qistina...Jadi save sket perbelanjaan kat situ dan rezeki Qistina juga sebab dapat kain sekolah jenama Canggih dari Mak Cik Kak Long...Anak dia kena jadi pengawas perpustakaan jadi memang tak pakai ler kain biru tu...Yang paling rapat dengan dia kitorang, jadi memang bersyukur sangat ler bila dia offer nak bagi kain biru dan jahitkan baju kurung Qistina...

Kasut sekolah anak-anak Kak Long beli yang biasa biasa jer...Kak Long beli kat Kedai BATA di Aeon Taman Universiti...Anak anak pilih brand B First untuk kasut sekolah tahun nie dan kebetulan ada offer di Kedai BATA...2 pasang kasut cuma RM59.00...Jadi ada penjimatan la juga di situ...2 minggu lepas Kak Long balik ke Batu Pahat...Sambil ziarah nenek Kak Long di kampung, Kak Long amek peluang berbelanja baju sekolah Qaleesya, tudung sekolah Qistina & Qaleesya dan beg sekolah juga...



Berbelanja barang-barang persekolahan anak anak nie pun sama juga sepeti berbelanja untuk Hari Raya Aidilfitri...Anak anak sebenarnya tak ler memilih sangat brand nie...Bagi diorang bila dapat baju sekolah, kasut sekolah dan beg sekolah baru tu memang dah rasa seronok yang amat sangat...Qistina tak putus putus ucap terima kasih kat mama dan papa dia sebab belikan semua barang barang tu...Kita sebagai mak bapak nie la yang kena ukur baju di badan sendiri...Berbelanja ikut pada kemampuan kita...

31 Disember dan 1 Januari nie time nak bayar yuran sekolah dan beli buku pula...

Sekolah Kebangsaan Qistina = RM126.80
Sekolah Agama Qistina = RM132.90
Tadika Agama Johor Qaleesya = RM424.00

Maka total yang perlu dibayar untuk 2 hari nie untuk anak anak syurgaku sebanyak RM683.70...Mungkin ada juga tambahan seperti sumbangan PIBG untuk sekolah kebangsaan Qistina dan sumbangan dana untuk sekolah agama Qistina...Overall kena standby RM800.00 la untuk 2 beradik nie...

Macam mana pula dengan persediaan korang?

December 14, 2015

Jalan Jalan @ Kuala Gandah

Assalamualaikum 

Cuti sekolah nie Kak Long dan Mr Hubby memang tak der buat rancangan apa apa pun untuk anak anak syurga kitorang...Sejak dari awal cuti sekolah hari tu...Boleh dikatakan tiap minggu kitorang tak der kat rumah...Tak ler berjalan ke mana mana pun...Tapi berulang alik balik ke Negeri Sembilan dan Batu Pahat...

Awal cuti sekolah hari tu ayah mertua dimasukkan ke wad Hospital Seremban...5 hari kitorang berkampung di rumah adik ipar Kak Long di Sendayan...Setiap hari la berulang alik ke hospital...Disebabkan Hospital Seremban ni boleh bawa anak anak masuk melawat maka dapat ler anak anak syurgaku tengok atuk diorang kat wad tu...

Then awal bulan 12 baru nie atuk kesayangan Kak Long pula masuk wad...Sepanjang atuk di wad Hospital Batu Pahat, ibu Kak Long yang jaga...Jadi bila ada masa free memang kitorang berulang alik Negeri Sembilan dan Batu Pahat...Tengok insan-insan tersayang...

Kebetulan ada satu hari time balik ke Negeri Sembilan, kitorang sempat buat plan ke Kuala Gandah...Jarak jauh perjalanan cuma lebih kurang 1 jam setengah jer...Kitorang gerak dari rumah MIL lepas zuhur...Sampai Kuala Gandah dalam kul 3 lebih...Kalau korang pergi berkunjung ke Kuala Gandah...Ada 2 tempat yang korang leh gie...

Kuala Gandah Elephant Conservation Centre  

Haaaa...Disini merupakan tempat pemuliharaan gajah di Malaysia...Boleh juga dikatakan sebagai training centre untuk gajah gajah nie...Datang dah petang jadi terlepas la nak tengok pertunjukan gajah...Dapat ler anak anak syurga dan sepupu diorang bagi makanan tebu kat gajah yang ada...


Lepas jer bagi makan kat gajah gajah di Kuala Gandah Elephant Conservation Centre...Kitorang pun gerak ke Deer Land...Jarak antara 2 tempat ni tak jauh pun...Korang akan jumpa simpang ke Deer Land dulu...Tapi sebab nak kejar pertunjukan gajah, kitorang gerak terus tengok gajah...Tapi tetap juga x sempat tengok...

Deer Land Kuala Gandah 







Bayaran masuk ke Deer Land nie RM6.00 untuk Dewasa dan RM3.00 untuk Kanak Kanak...Terima kasih la Mr Hubby sebab bayarkan bayaran masuk nie...Hihihihi...Next time boleh la tolong bayar lagi yer...Tapi gie yang best lagi tau macam Zoo Negara ke...

Kat Deer Land nie ada banyak binatang lain juga...Dan yang paling syok environment kat Deer Land nie memang la sesuai untuk segala binatang yang ada dalam Deer Land...Rusa kat sini di lepaskan bebas...Jadi kita boleh tengok Rusa tu berlari lari sana sini...Bunyi memang happening...Realll wooo...

Kat sana Mr Hubby sempat jumpa kawan sekolah dia...Lupo plak nama dia saper...Tapi sempat ler borak borak...Member dia duk Pahang...First time gak gie sini...Hihihihi...


Nie time Krismas ada juga cuti panjang...Duk terfikir fikir nak bawak anak anak syurga ke mana...Korang ada cadangan tak? Meh share sket...