April 12, 2015

Cheesekut Oreo Mealshake

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah...Akhirnya terlaksana juga rancangan nak buat Cheesekut Oreo Mealshake untuk Mr Hubby dan anak-anak syurgaku...Hari Jumaat baru nie memang hari memasak untuk saya...Dari celik mata sampai la ke petang...Asyik memasak jer la kerja saya...Hihihihih...

Meh kita up sket gambar Cheesekut Oreo Mealshake saya...First time buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa...Sebelum nie buat berdua dengan adik saya...Tapi kali ni buat sendiri jer...Leh buat selalu sebab Mr Hubby dan anak anak syurga suka makan...


Ni la rupa Cheesekut Oreo Mealshake saya...Memang buat dalam bekas kecik...Tapi tak ler kecik sangat pun...Tujuan buat gitu sebab nak bagi office mate rasa...Mana la tahu dapat order lepas nie...Kalau ikutkan Mr Hubby memang boleh untuk dijual...Tapi ada ke yang nak order?  Hehehehehe...

Meh kita share resepi Cheesekut Oreo Mealshake kat sini yer...

Bahan-Bahan

500gram Cream Cheese Tatura
3 sudu besar Mealshake Shaklee
1/2 tin susu F&N
3 sudu besar susu Chocolate Dairy Milk
Biskut Hup Seng 
Biskut Oreo

Sorry tak der gambar bahan-bahan nak tepek kat dalam nie...Semua bahan bahan ni simple jer..Korang leh dapat kat kedai runcit...Cuma yang Mealshake tu jer korang kena beli dengan saya atau pengedar Shaklee berdekatan anda...Hihihihi...

Kenapa saya guna Mealshake? Nanti saya bagi tahu kenapa saya guna Mealshake yer...Teruskan membaca...

Cara Membuat Adunan

1.  Putar Cream Cheese Tatura dengan kelajuan sederhana
2. Campurkan 3 sudu besar Mealshake Shaklee, sambung putar
3. Masukkan 1/2 tin susu F&N
4.  Masukkan 3 sudu besar susu Chocolate Dairy Milk
5.  Putar sehingga sebati

Cara Melayer Cheesekut Oreo Mealshake

1.  Patah-patahkan Biskut Oreo menjadi kepingan yang kecil...(Cream putih kat tengah tu jangan korang campurkan sekali...Kita just nak guna biskut tu jer...)
2.  Sediakan bekas untuk Susu Chocolate Dairy Milk...
3.  Celup Biskut Hup Seng ke dalam bekas susu...Celup sekejap jer yer...Dan kemudian susun kat dalam bekas jernih yang macam bekas tau fu fa tu...
5. Layerkan dengan bahan adunan...
6. Tabur kepingan Biskut Oreo di atas bahan adunan...
7. Layerkan dengan bahan adunan...
8. Celup Biskut Hup Seng dan susun di atas bahan adunan...

Ulang sehingga bekas tu dah nak penuh...

Bila dah siap korang taburkan kepingan Biskut Oreo kat atas sekali...Tak pun korang boleh juga taburkan chocolate rice atau chocolate chip...Tengok ler apa yang korang berkenan...

Dah siap deco korang tutup bekas tu dan masukkan ke dalam peti ais...Kat bahagian bawah jer tau...Jangan masuk kat tempat sejuk beku plak...Sejukkan selama 5 jam sekurang-kurangnya...Dan bila dah lepas 5 jam tu, korang boleh ler amek sudu dan makan Cheesekut Oreo Mealshake tu...Hihihihi...

Kenapa guna Mealshake Shaklee?

Resepi asal sebenarnya menggunakan 3/4 tin susu F&N...Tapi saya memang tak mau manis manis sangat dalam dessert saya nie...Jadi saya tukarkan menjadi 1/2 tin susu F&N dan add on 3 sudu besar Mealshake Shaklee ke dalam adunan...Mealshake Shaklee ni berbau vanilla dan sangat harum sekali...Menaikkan selera untuk makan Cheesekut Oreo Mealshake nie...



Khasiat dalam Mealshake nie memang banyak...Jadi bila campurkan dalam resepi Cheesekut Oreo Mealshake memang lagi meletop arr...No wonder anak-anak syurgaku suka makan...

Jom rajinkan diri buat Cheesekut Oreo Mealshake untuk keluarga korang...Tak susah pun nak buat...Sesenang ABC...Jadi jangan malas mencuba yer...Take care semua...

Untuk tempahan Supplement Shaklee
Hubungi Lynn Huraiza
0137660226

 

13 comments:

Ibu Ira said...

Wow! Great recipe. Nak cuba lah😉

Lynn Hamzah said...

Ibu Ira : tq for jejaking...meh la cuba master ira...senang jer nak buat...

Faridah Ahmad said...

Wowww..sgt2 menggiurkan..

hanizah kamal said...

Wow biasa wt xde buh mshakes...nnt nak try la...tq share resepi

Lynn Hamzah said...

Faridah Ahmad : meh cuba buat meh...

Lynn Hamzah said...

hanizah kamal : haaa...cuba la...sedap...

Yusni Yusof said...

👍👍👍

Lynn Hamzah said...

Yusni Yusof : icon apa tu?

Rtp Farra Arisha said...

Never say "no" to the recipe that use cheese. ;) Boleh cuba one day soon.

Lynn Hamzah said...

Rtp Farra Arisha : Mesti peminat cheese kan...Hihihi...Cuba yer nanti...

eima said...

menarik !!
sangat berkhasiat tu ....

Lynn Hamzah said...

Eima : meh cuba buat...mmg sedap...

Kesuma Angsana said...

tq share, suka sgt !