January 8, 2015

Tips Tenangkan Hati

Assalamualaikum

Segala aspek kehidupan ini bermula HATI...Permulaan yang baik dan buruk juga datang dari organ kecil yang bernama HATI...Bagaimana nak mengubati HATI yang tidak tenang?

 
Hari nie saya share sedikit tips dari Pakar Motivasi Dato Fadzilah Kamsah...Semoga menjadi tips yang berguna untuk kita sama-sama praktikkan...Insyaallah... 
 
  • Dirikan SOLAT dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  • SELAWAT keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 
  • SOLAT TAUBAT – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • BACA AL-QURAN – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  • BERMAAFAN sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • BISIKAN kepada diri perkara yang POSITIF – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  • PROGRAM MINDA/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
  • PUASA – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • INGAT MATI (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  • Kekalkan WUDUK
  • SEDEKAH
  • BELANJA orang MAKAN
  • JAGA MAKANAN – jangan makan makanan yang subhat
  • BERKAWAN dengan ULAMA
  • BERKAWAN dengan ORANG MISKIN (menginsafi)
  • PESAN pada orang, jadi BAIK
  • MENJAGA PANCAINDERA (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat. 
Semoga pengisian hari ini memberi impak yang positif kepada kita semua yer...Insyaallah... 

Nak jalani hidup yang sihat
Nak jalani hidup yang gembira
Nak jana pendapatan tambahan 

Hubungi / Wassap Untuk Keterangan Lanjut

LYNN HURAIZA
Pengedar Shaklee Kawasan Johor Bahru
0137660226 

16 comments:

Gadis Kampung said...

pgi-pagi baca tip ni..rasa tenang sikt hati ni

lia said...

Perkongsian yg baik ;)

lieyalatif said...

in sha Allah kak..moga2 tips akak ni tersemat di jiwa sanubari kite....moga yg baik2 ajek dlm hati kite nieh kan....sempena tahun baru ni kite bersihkan hati....moga kehidupan kite diberkati...in sha Allah...

NM03 said...

alhamdulillah, serba sedikit disemat dalam kehidupan seharian. moga kite semua semakin dekat denganNya

Ipah Kholipah said...

tips yang bermanfaat :)

Lynn Hamzah said...

Gadis Kampung : syukur alhamdulillah...

Lynn Hamzah said...

lia : mudah-mudahan...

Lynn Hamzah said...

lieyalatif : mudah-mudahan lieya...akak share supaya kita semua boleh bersihkan hati...tak mau ada hasad dengki...

Lynn Hamzah said...

NM03 : insyaallah...jom sama-sama kita amalkan...

Lynn Hamzah said...

Ipah : harapnya begitulah...

Nafira usof said...

Rasa Tenang hati baca tips nih.
semoga menjadik amalan kita semua.

Lynn Hamzah said...

Nafira : insyaallah...amin...

nuyui a.k.a miss YUI said...

Trima kasih share akk...

Lynn Hamzah said...

nuyui : sama sama dik...

eima said...

good tips dear ... inshaAllah cuba Amalkan

Falsya said...

Tq for sharing kak lynn..like byk kali..;)