December 31, 2014

Sumbangan Nutrisi Kanak-Kanak Mangsa Banjir

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Semalam Shaklee telah memberikan Sumbangan Nutrisi Kanak-Kanak Mangsa Banjir berjumlah RM2.3 juta...Satu amaun yang memang besar dan diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu kanak-kanak yang terlibat dengan musibah banjir ini...


Bangganya saya menjadi warga Shaklee...Shaklee memang prihatin dengan apa yang dilalui oleh kanak-kanak yang terlibat dengan musibah banjir nie...Semoga dengan bantuan ini dapat membantu mereka semua lebih sihat dan menjalani kehidupan dengan lebih cemerlang...Insyaallah...

Anda mahu menjadi sebahagian daripada warga Shaklee?
Berminat untuk menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi saya 

LYNN HURAIZA
0137660226
Pengedar Shaklee Kawasan Johor Bahru

December 30, 2014

Pilu Mengenangkan Mangsa Banjir

Assalamualaikum 

Sayu dan hiba hati nie bila tengok gambar gambar dari group Wassap, surat khabar dan Facebook...Bayangkanlah kalau kita berada di tempat mereka...Dengan keadaan saya yang tengah sarat mengandung nie...Silap hari bulan boleh terberanak awal bila menghadapi situasi banjir nie...

Sungguh tak sangka banjir tahun nie merupakan banjir terburuk dalam sejarah terutamanya untuk negeri Kelantan...Kata kawan-kawan yang berasal dari Kelantan, tiap tahun memang akan banjir tapi tahun 2014 nie la yang terburuk...ALLAH SWT memang nak menguji hambanya...

Semoga semua yang terlibat tabah menghadapi situasi ini...Dan saya juga mengharapkan sumbangan sumbangan yang didermakan untuk mangsa banjir nie dapat diagihkan secara betul...Sebab dah banyak sangat NGO dan badan badan yang membuat kutipan derma nie...Orang Malaysia semuanya berhati mulia dan tak pernah lokek memberi sumbangan...Semoga sumbangan tersebut sampai kepada mereka yang terlibat dengan banjir nie...

Separuh dari Tabung Sedekah Subuh saya sedekahkan kepada mangsa banjir nie...Kutipan dibuat oleh Group Inspirasi Legacy kelolaan Master Hafsah...Sumbangan yang ada tu nanti akan diberikan kepada Kak Long Nuzula untuk dibelikan barang barang keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan...






Macam mana la nak bersihkan semua nie...Memang amek masa untuk pulih...Dengan sesi persekolahan yang akan dibuka tak lama lagi...Tabahlah hati...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...

December 29, 2014

Tabung Sedekah Subuh #1

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Tabung Sedekah Subuh #1 telah selesai...Macam tak percaya dah berlalu fasa pertama...Sekarang nie dah start Tabung Sedekah Subuh #2 saya...Hari ni juga saya telah sedekahkan separuh Tabung Sedekah Subuh #1 ke Masjid Jamek AlMakmur, Taman Bukit Tiram untuk Skim Wakaf Karpet...Semoga apa yang saya niatkan dipermudahkan ALLAH SWT...

Insyaallah separuh lagi akan saya sedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir...Seperti yang semua maklum di negeri Johor juga sudah ada mangsa-mangsa banjir...Dan terkini di pejabat saya juga telah diwujudkan Urusetia Banjir untuk melaksanakan kutipan derma dan pembelian barang-barang keperluan untuk disedekahkan kepada mangsa banjir di negeri Johor...

 Walaupun tak seberapa tapi saya ikhlas sedekahkan Tabung Sedekah Subuh saya nie kerana ALLAH SWT...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...Insyaallah...

December 28, 2014

Craving Semua Ni

Assalamualaikum 

Huwarghhhh...Makin nak bersalin makin macam macam yang diinginkan...Hihihihi...Biasa ler ibu mengandung...Hari tu kepingin sangat nak merasa Puding Raja...Korang tahu tak Puding Raja tu macam mana? 


Ni haaaa rupanya Puding Raja tu...Orang Pahang memang terror buat Puding Raja nie...Jadi saya sekarang nie mengharap belas ihsan wife member office buatkan Puding Raja nie...Masih lum dapat merasa hingga la hari nie...Insyaallah ada rezeki saya dan baby dalam perut nie nak merasa Puding Raja sebelum bersalin...Insyaallah...

Dah tu kepingin juga nak makan kuih nie...Kuih Badak Berendam...


Ehhhh...Tiba tiba badak nie plak yang muncul...Hahahahaha...


Kalau boleh nak minta mak mertua buatkan...Sedap yang mak buatkan daripada buat sendiri...Hihihihi...

Dah tu kepingin sangat nak makan Sambal Telur...Yang nie dah tentulah yang ibu buatkan...


Ya ALLAH...Teringin sungguh...Semuanya memang nak orang buatkan...Tak mau buat sendiri...Boleh gitew...Hahahahaha...

Comfirm kena makan Set Kurus Shaklee bila dah bersalin nanti...Hihihihi...Mana taknya asyik nak melantak jer time mengandung nie...

Nak order Shaklee? Meh hubungi saya...Pengedar Shaklee Anda di Kawasan Johor Bahru...

LYNN HURAIZA 0137660226

December 25, 2014

Cuti Cuti Ke Mana?

Assalamualaikum 

Sempena cuti krismas nie korang semua tak berjalan ke? Erm, kitorang sekeluarga cuma balik kampung jer...Dengan keadaan yang dah sarat 34 minggu nie memang dah tak fikir la nak berjalan sangat...Bukan apa...Bila berjalan nie mesti nak ada feel keseronokan...Kalau feel keseronokan tu kurang tapi feel kepenatan yang lebih macam tak bagus ler kat situ...Jadi, simpan jer impian dan angan-angan nak berjalan jauh jauh sebelum bersalin nie...Hihihihi...

Insyaallah nanti bila dah bersalin...Bila baby dah lahir...Baru la fikir nak berjalan...Buat masa nie balik kampung jer...Lagi syok rasanya sebab dapat jumpa family...Betul tak? Untuk korang yang nak berjalan jalan tu...Have a safe journey yer...Berhati hati di jalan raya...Biar lambat asalkan selamat...


Jangan lupa baca doa okey...

December 24, 2014

Kelebihan Sujud

Assalamualaikum 

Sekadar perkongsian ilmu untuk semua di luar sana

 
 Bernafas ketika sujud boleh : 
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang 
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh 
  • Melegakan sakit hernia 
  • Melegakan paru-paru dari ketengangan 
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh 
  • Meringkan bahagian pelvis
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur 
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik 
  • Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik 
  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik 
  • Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
  • Mengurangkan kegemukan 
  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin 
  • Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen 
  • Mengelakkan pendarahan otak

December 23, 2014

Buah Delima Boleh Cantikkan Kulit

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Semalam saya dah makan dah buah delima nie...Kalau semalam beli dan bawak balik rumah makan dengan anak-anak syurga...Hari ni beli sebiji jer untuk buat kudapan di office...Sambil buah kerja...Sambil tu la mengunyah buah delima nie...Hihihihih...Memang sedap...


Sekarang nie memang musim agaknya...Kat mana mana pun ada jer yang menjual buah delima nie...Jadi saya yang tengah sarat mengandung nie memang tak kan lepaskan peluang la makan buah delima nie...Buah delima ni kan banyak khasiatnya...Salah satunya untuk mencantikkan kulit...Tapi bukan setakat nak mencantikkan kulit jer...Meh saya share sket antara khasiat buah delima nie dengan semua pembaca blog nie yer...

Khasiat Buah Delima 
  •  Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing 
  • Membantu penghadaman 
  • Membuang lemak-lemak berlebihan 
  • Menambah tenaga 
  • Mengelakkan alahan untuk wanita mengandung 
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause 
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah 
  • Merawat atau membaikpulih sakit kencing manis 
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin 
  • Mencantikkan kulit 
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah 
  • Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi

Haaaa...Betul tak cakap saya...Banyak kan khasiat buah delima nie...Jadi tengah musim buah delima nie yuk la kita gie memborong buah delima nie...Bila bercerita tentang mencantikkan kulit nie...Dah kena sangat la dengan promo bulan Disember nie kan...Promo Vita E dan Vita C Shaklee yang memang khas untuk kecantikan wanita...Hihihihi...


Nak order Vita E dan Vita C Shaklee...Meh contact saya meh...

LYNN HURAIZA 0137660226

Hectic Day

Assalamualaikum 

Terhutang post lagi dengan reader blog kesayangan saya nie...Hihihihi...Sorry ler banyak banyak...Makin dah nak hujung tahun nie...Makin banyak pula kerja-kerja kat pejabat nie...Ahad baru nie saya sibuk menguruskan minit mesyuarat dan semalam pula aktiviti di pejabat sangat-sangat pack...


Saya pula kalau dah sibuk dengan kerja-kerja di pejabat nie memang tak kan sempat langsung nak buat entry mahupun gie blogwalking kat blog kawan-kawan semua...Memang akan fokus sepenuhnya dengan kerja-kerja pejabat...

Tapi dalam sibuk tu...Saya tetap kena kuar juga masa lunch hour...Kalau tak kuar rasa macam terkongkong sangat fikiran saya nie...Hihihihi...Dalam masa 1 jam tu la yang saya ada untuk chill sekejap...Kalau tak makan yang heavy...Saya ajak office mate gie makan yang simple simple macam Yong Tau Fu ke...Borak-borak, gelak-gelak...Kasi relax sket minda tu...

Insyaallah...Akan balas jejak kawan-kawan blogger semua yer...Terima kasih buat korang yang rajin jenguk blog nie...Keep in touch yer...

Yang nak order Shaklee leh contact saya yer...

December 18, 2014

5 Rahsia Naikkan HB Ibu Mengandung

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Semalam check up di Klinik Kesihatan Taman Universiti...Dalam hati dah berdetik...Macam mana la dengan keputusan hemoglobin hari nie yer...Dua minggu sudah memang hemoglobin cuma 10.7...Sungguh tak cantik...Jadi bila semalam nak gie check up memang berdebar sungguh...

Sebelum kul 2.00 petang saya dah terpacak kat Klinik Kesihatan Taman Universiti tu...Erm...Process pendaftaran memang lambat sket semalam...Duk menunggu lama juga...Sudahnya keputusan awal time pendaftaran macam nie...

Meh saya ringkaskan yer...

HB : 12.7 (Yg lepas 10.7)
Tekanan Darah : 110/60 (sama tak berubah dengan yang lepas)
Berat : 79 kg (naik 1 kg dalam masa 2 minggu)

Haaaaa...Rasa berbunga-bunga okey bila tengok HB dah makin cantik...Erm...Apa rahsia?  Meh saya share dengan semua apa yang saya makan sepanjang 2 minggu nie...

Rahsia #1

KERANG

Untuk memastikan HB saya naik, selama 2 minggu nie saya selalu duk berulang gerai nasi lemak kat area rumah saya...Paling kurang sekali seminggu saya akan pastikan saya makan Nasi Lemak Sambal Kerang...


 Rahsia #2

HATI AYAM 

Saya memang penggemar Hati Ayam...Setiap kali pergi pasar malam saya akan beli hati ayam...Dan bila HB saya tak elok tempoh hari, makin kerap saya makan hati ayam nie...


 Rahsia #3

KISMIS

Saya juga amalkan makan kismis...Tak kisah ler warna kuning atau warna hitam...Saya jadikan kismis sebagai kudapan saya waktu kat office...


 Rahsia #4

MADU LEBAH ASLI
  
Madu lebah asli nie pemberian bapa mertua saya...Memang saya amalkan sejak kebelakangan nie...Puncanya untuk ubati batuk saya...Dan dalam masa yang sama saya dapati dengan memakan madu lebah asli, HB saya makin cantik...


Rahsia #5

SUPPLEMENT SHAKLEE 

Selain daripada tu, saya tak pernah sesekali culas mengambil supplement Shaklee yang khas untuk ibu mengandung...


VITA LEA 
Multivitamin yang terbaik dengan zat besi...Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah...Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

 VITA C 
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat...Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh...

B COMPLEX 
Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

Saya memang x culas makan ketiga-tiga supplement nie...

Insyaallah bulan Januari nie saya akan melahirkan anak keempat saya...Dan hati saya tetap memilih Supplement Shaklee sebagai supplement time berpantang nanti...


Nak naikkan HB macam saya...Jom amalkan 5 rahsia yang saya cadangkan nie...Insyaallah dengan kesungguhan pasti HB anda semua akan naik nanti...

Nak Order Supplement Shaklee

Hubungi 

LYNN HURAIZA 0137660226



December 17, 2014

Sebak Mengenangkan Arwah Adik

Tengahari tadi ibu saya menerima kunjungan seseorang...Seseorang yang rapat dengan arwah adik saya...Ikutkan kata arwah dulu, sepatutnya Disember nie dia pergi ke Kedah merisik insan ini...Sungguh tak sangka, seminggu sebelum Mai berangkat balik ke Malaysia, arwah adik saya telah pergi meninggalkan kami semua...


Saya bersyukur dapat berkenalan dengan Mai...Dia yang hubungi saya pada malam pertama arwah adik pergi...Seperti kami, dia juga terkejut dengan berita kematian arwah...ALLAH SWT sayangkan arwah dan telah jemput dia pergi dahulu sebelum kami semua...

Saya dan keluarga redha...Begitu juga dengan Mai...Insyaallah Mai akan dapat jodoh yang lebih baik daripada arwah adik saya...

Al Fatihah


Semoga roh arwah Haznornizam bin A.Hamzah dicucuri rahmat dan tenang di sana...

P/S : Teddy bear tu hadiah hari lahir yang sempat arwah adik saya belikan utk Mai sebelum dia meninggal...

4 Makanan Dapat Kurangkan Sakit Sendi Lutut

Assalamualaikum 

Sakit sendi lutut adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai peringkat umur.  Namun bukan semua sakit sendi lutut berpunca daripada sebab yang sama...Secara ringkasnya sakit sendi lutut berpunca dari terhakisnya kolagen di bahagian lutut yang mana apabila kolagen di bahagian tersebut terhakis akan memberi kesan kepada semua bahagian tulang...


Terdapat 4 jenis makanan yang mampu mengurangkan kesakitan ini...

NO 1 : SOYA 


Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang...Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia...Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe, kicap dan kacang soya itu sendiri...

 NO 2 : BUAH BUAHAN


Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi

NO 3 : IKAN 


Minyak ikan mengandungi Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis...Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus...

 NO 4 : REMPAH DAN HERBA 


Kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.

 Selain daripada mengamalkan 4 makanan tersebut, pesakit juga boleh mendapatkan Set Sendi Shaklee yang mengandungi Advance Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix untuk merawat sakit sendi lutut ini...

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET 

 Mengandungi estrak Unique Voswellia aktif dengan paten tertunda, estrak jagung dan nutrient penting lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan...AJHT membantu mengisi semula bendalir lutut yang telah haus yang menyebabkan sakit di antara sendi bila kita bergerak...Berupaya meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari...

OMEGA GUARD 

Kebaikan EPA dan DHA dalam Omega Guard memelihara fungsi fungsi sendi dan mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan...Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir, membantu bergerak bebas...

OSTEMATRIX 

Ostematrix membantu mempadatkan semula tulang yang mula lopong akibat kekurangan nutrisi kalsium harian dan juga disebabkan oleh faktor usia...Mengekalkan sel tulang yang sihat dan dapat mengurangkan gejala osteoarthritis...


Harga satu set hanya RM331.00

Dapatkan Set Sendi Shaklee bagi membantu anda untuk mengurangkan kesakitan sendi lutut dan bergerak bebas...

Berkongsi Rezeki

Assalamualaikum 

Hari nie saya nak share sedikit pengalaman tentang berkongsi rezeki...Baru benar perkara nie terjadi...Khamis lepas saya dan Mr Hubby pergi sarapan di area Taman Johor Jaya...Kitorang biasanya akan sarapan di luar sebelum masuk office bila saya tak sempat nak sediakan sarapan di rumah...Bila dah sarapan tu, nanti kat office boleh fokus nak buat kerja jer...

Tengah sarapan tu ada la kucing yang mengeeeooowww...Saya dan Mr Hubby tak ler peminat kucing sangat...Jadi tak ler duk melayan sangat kucing tu...Makin lama makin kuat kucing tu mengeeeeoooowww...Erm...Kami suami isteri berpendapat kucing nie lapar...Terus ler bagi kucing tu sedikit ayam dari hidangan soto saya...Berkongsi rezeki dengan kucing tu...Kucing tu makan...Dan bila dia nak lagi...Dia menggeeeooooowww lagi...Faham dah kitorang laki bini...Bagi lagi ayam kat kucing tu...



Then dalam masa yang sama...Saya amek sebiji telur puyuh dari pinggan Mr Hubby...Baru jer nak suapkan ke mulut, telur puyuh tu meluncur jatuh dari sudu saya...Bayangkan lah...Rezeki yang dah nak hampir masuk ke mulut jatuh...Time tu saya terus teringat sesuatu...Rezeki yang ada depan mata kita nie belum tentu lagi milik kita sepenuhnya...Kita mungkin berkongsi rezeki tu dengan orang lain ataupun dengan kucing...Rasa insaf sangat di situ...

Semalam sorang kat FB saya duk share info nie kat wall dia...Haaaaaa...Lagi ler timbul rasa insaf di situ...Agaknya telur  puyuh tu jatuh dari sudu sebab kitorang laki bini lambat nak bagi kucing tu makanan kan...

  


Semoga menjadi iktibar buat saya dan Mr Hubby di masa-masa akan datang...Insyaallah...


P/S : Dah nak dekat 40 hari saya mulakan misi Tabung Sedekah Subuh...Cukup 40 hari nak sedekahkan kepada yang berkenaan...

December 16, 2014

Rindu Sokmo Dengan Blog

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah telah berjaya melalui hari hari yang busy lately nie...Rindu sungguh saya nak mencoretkan sesuatu kat dalam blog nie...Insyaallah saya akan mulakan semula tabiat menulis di dalam blog nie secara berperingkat...Rasanya 5 hari juga saya tak update blog kan...Hihihihih...Sabar yer semua...Akan saya balas 5 entry nanti...


Hari ni saya nak fokus dulu dengan kerja-kerja tertunggak...Ada masa saya akan ke blog kawan-kawan dan tinggalkan jejak yer...Take care semua...

Yang nak order Shaklee jangan segan silu hubungi saya...Consultation percuma yer...

LYNN HURAIZA 0137660226

December 10, 2014

Perut Mengeras @ 32 Minggu Kehamilan

 Assalamualaikum 

Malam tadi Kak Yong tak boleh tidur...Pusing kiri x kena...Pusing kanan x kena...Tidur terlentang pun tak kena...Semuanya gara-gara batuk...Aduhai...Kak Yong dah susah hati...Sebab kalau batuk nie melarat takut berulang jer ke klinik nanti...Kak Yong ingat lagi time pregnantkan Nur Qhasrina Zahra...Kak Yong batuk di saat tengah sarat preggy...Sudahnya kena neb...Bila dah neb baru la lega dan boleh bernafas...

Malam tadi Kak Yong paksa juga diri tidur...Tapi kul 3 lebih dah terjaga...Perut mengeras...Macam contraction gitu...Terus bangkit Solat Tahajud...Selalunya Kak Yong bila dah Solat Tahajud nie memang tak kan sambung tidur balik...Tapi disebabkan perut asyik mengeras jer, Mr Hubby suruh Kak Yong baring semula...

Bila baring semula dapat la terlena sekejap...Syukur sangat-sangat...Nikmat tidur tu dapat juga Kak Yong rasa...Pagi tadi Kak Yong pergi Pakar Perbidanan Khor dan Loh...Jumpa Dr Ong...Dr cakap mujur mengeras setempat jer...Dan dia cakap itu bukan tanda-tanda nak bersalin...Hasil dari check up dengan Dr Ong pagi tadi...Perut tu mengeras disebabkan Kak Yong tengah batuk sekarang nie dan memang normal perut akan mengeras bila dah masuk Trimester Ke Tiga nie...

Owh yer...Berat baby dah 2.2 kg...Dr cakap juga ada potensi bersalin awal macam anak-anak yang lain...Time tu kitorang dah pandang sesama sendiri...Persiapan untuk baby baru 10% jer...Kitorang baru beli 4 pasang baju baby...Pergh...Bulan depan dah due date...OMG...Memang kena terjah mall nie cari kelengkapan baby dan Kak Yong untuk berpantang nanti...

Sedikit info yang Kak Yong dapat dari hasil google...

Braxton Hicks Contraction : 

Perut mengeras, atau Braxton Hicks Contraction ini adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila usia kandungan masuk ke Trimester ke-3...Tapi perlu di kenal pasti sama ada contraction biasa atau contraction hendak bersalin...Dr cakap yang Kak Yong alami sekarang nie contraction biasa...

Antara tips yang Kak Yong dapat :


KakYong rasa kasut yang Kak Yong pakai sekarang nie tak ler flat sangat...Kena cari kasut lain nie...

Bantal nak kena sediakan juga nie sebab kat office memang Kak Yong jarang bergerak...Memang duk sajer buat kerja kat depan komputer nie haaaa...

Malam tadi memang Kak Yong tidur sebelah kanan...Kena ubah posisi tidur...Harap harap okey ler bila tidur sebelah kiri nie...

Salah rupanya posisi tidur gini...Kak Yong dah masuk anak 4 baru ler tahu...Sabar jer la...

 Selain itu, kawan satu office Kak Yong cakap suruh usap perut tu time mengeras...Cakap elok elok dengan baby...Pujuk baby supaya duk diam diam dalam perut...Hihihihi...Dr ada bagi ubat batuk...Tapi kalau boleh Kak Yong nak elakkan dari makan ubat batuk nie...Jadi Kak Yong akan minum madu + limau malam nie...Mudah-mudahan batuk Kak Yong akan beransur pulih...