November 3, 2014

Wrap Koktel Sosej Ayamas

Assalamualaikum

Hari ni nak share dengan korang new menu yang baru first time Kak Yong cuba...Kak Yong kan rajin masak lately ni...Jadi ada jer la menu baru yang Kak Yong nak try buat...Hihihi..Menu ni Kak Yong bagi nama Wrap Koktel Sosej Ayamas...Cehhhhh...Nama x glamour kan...Lantak ler...Kak Yong tak pentingkan nama...Kak Yong lebih pentingkan rasa...Hahahah...Gelak lagi...

Sebenarnya Wrap Koktel Sosej Ayamas ni simple jer nak buat...Bahan bahan pun senang nak cari...Kak Yong sopink semua bahan kat Maslee Taman Teratai jer...Dekat dengan rumah dan tak sebesar Aeon...Kalau gi Aeon duit berkepuk pun leh habis...Semua nak dibeli...

Wrap Koktel Sosej Ayamas

Bahan-bahan

Wrap
Koktel Sosej Ayamas
Bawang Merah 1 Butir
Bawang Putih 3 Ulas
Kentang 1 Biji
Cili Kisar 1 Sudu
Salad
Kewpie Mayo
 

 Koktel Sosej Ayamas...Mesti nak beli brand Ayamas...Brand lain macam tak berapa nak best arrr...

Cara-cara

1. Tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih yang dah dimayang.
2. Kemudian masukkan kentang yang dah dihiris.
3. Bila dah agak empuk, masukkan pula sosej ayamas.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Bila dah masak, masukkan dalam pinggan dan biarkan sejuk seketika.

 
 Korang boleh adjust sendiri nak pedas atau tak...Kak Yong buat yang biasa biasa jer...Sebab nanti anak-anak pun leh makan sama...

Kemudian korang amek sekeping Wrap dan letak atas pinggan...Korang alaskan dengan salad...Dan baru ler letak Koktel Sosej Ayamas yang korang dah goreng tadi kat atas Wrap tu...Kemudian letak Kewpie Mayo dan balut...Senang jer kan...


 Haaa...Ini ler hasilnya...Kak Yong dah share resepi kat sini...Yang nak cuba boleh ler try lepas nie...Boleh dimakan untuk sarapan ataupun makan malam...Yang nak diet sesuai sangat makan Wrap nie...Sebab makan satu pun dah kenyang dah...

Selamat mencuba dan menjamu selera

5 comments:

Allene said...

menariknya...

Lynn Hamzah said...

Allene : nanti cuba la buat...best...

Sajirah Azlan said...

salam singgah sini..macam best je ni..anak2 mesti suka. blh try..
:)

Ezal Huraiza said...

Sajirah Azlan : salam...tq sudi singgah...try ler...memang best...

LYAfrina said...

menarik resepi ni