October 15, 2014

Kursus Ketadbir Johor 2014 di A Famosa Resort Hotel - Part 2


Pagi lepas posing dengan Fauziah Ahmad @ Gee...Kitorang duk tunggu yang lain lain berkumpul di lobi...Janji lebih kurang jam 8.30 pagi...Tapi sampai ler jam 8.45 pagi baru ler cukup semua orang...Aduhai...Program lawatan tu janji dengan Pengarah LPP Melaka lebih kurang jam 9.00 pagi...Ingatkan boleh ler sampai dalam 15 minit...Tapi apakan daya...Nak dekat 9.30 pagi baru sampai...

Sampai jer kat Unit Parujas, kitorang terus dibawa ke satu projek buah makisar kendalian ahli peladang Unit Parujas...Kak Yong bila masuk ladang ladang nie memang over excited sket...Dah nama pun kerja dengan Lembaga Pertubuhan Peladang kan...
 Buah makisar memang berlambak kat atas kepala...Hihihih...Ada yang dah boleh petik sebab dah masak....

Ni yang baru dipetik...Kak Yong paksa Kak Min Bendahari Ketadbir Johor pegang buah tu...Hahaha...Sudahnya Kak Yong suruh dia makan juga...

  Sedap kata diorang...Dan tak masam...Tapi Kak Yong tak leh gie sangat dengan buah makisar ni...

Ayu jer mek ni...Dapat kat Kak Yong terus gebus jadinya...

Haaaaa...Betul cakap Kak Yong...Gebus kan...Hahahahaha...Dagu dah berlapis dah nie...





Bersusun kereta ahli rombongan...Ada nak dekat 20 biji kete rasanya...Syukur alhamdulillah berjaya gak sampai ke Unit Parujas nie...

Daripada lawatan nie memang Kak Yong dan ahli Ketadbir Johor yang lain dapat banyak input yang berguna...Penerangan daripada Ketua Kampung Parujas, Pengurus Besar PPK Melaka Tengah dan Ketua Unit Peladang Parujas memang sangat terperinci...Patut sangat la  Unit Peladang Parujas nie memenangi Unit Peladang Jaya sempena Hari Peladang, PEnternak dan Kebangsaan 2013...

 Pengarah LPP Melaka, Encik Mohd Fauzi bin Badron yang sungguh baik hati turut serta dalam majlis taklimat daripada Unit Peladang Parujas kepada rombongan kitorang...

 Encik Ahmad Yusseri, PRO LPP Melaka...Tahniah sebab dapat naik pangkat...

 Ahli rombongan yang kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan...

 Sudut anugerah yang diterima oleh Unit Peladang Parujas...

Ingat senang ke nak menang? Bukan calang-calang Unit Peladang yang boleh memenangi kategori nie yer...

Tahniah diucapkan kepada Unit Parujas kerana berjaya memenangi anugerah tersebut...Banyak input yang kitorang dapat dan rasa berbaloi sangat uruskan lawatan ke Unit Peladang Parujas nie...

Insyaallah ada peluang Kak Yong nak uruskan lawatan ke PPK lain pula...Sesekali kita kena pergi tengok tempat orang...Macam apa yang Mr Boss Kak Yong cakap...Siapa sangka buah makisar yang tak laku di Johor nie boleh dijadikan jus makisar di Negeri Melaka...

Terima kasih tak terhingga kepada Pengarah LPP Melaka kerana sudi menerima kunjungan kitorang dan turut serta dalam program yang kitorang anjurkan...

6 comments:

Mar Mansor said...

seronok kak yong petik buah atas kepala jek..
sambil menyelam minum air yek

Azlina bt. Azis said...

eh gitu rupa kat dalam dia??

AMIIZAA said...

seronoknya keje mcm nie lin...tk stresss......

Lynn Hamzah said...

Mar Mansor : hihihih...memang seronok...

Lynn Hamzah said...

Azlina Azis : lor...tak pernah tengok ke kak...patutnya bawak ko ikut serta lawatan nie...

Lynn Hamzah said...

AMIIZAA : sekali sekala jer dapat buat macam nie...bukan selalu pun...hihihihi...