February 24, 2014

Perjumpaan Yang Sangat Bermakna

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah...Rasa happy sangat sebab berpeluang juga nak berjumpa dengan isteri kepada boss saya baru-baru nie...Program yang tidak dirancang tapi alhamdulillah berjalan lancar dengan adanya usaha untuk melaksanakan perjumpaan ini...Setahun lebih saya tak jumpa beliau...

Kebetulan pada 13.02.2014 yang lepas isteri boss saya merangkap Pengerusi PUSPANITA LPP Johor datang ke negeri Johor...Untuk pengetahuan semua isteri boss saya nie seorang Pensyarah di UMT...Kebetulan Prof Dr Zaleha binti Kassim berada di negeri Johor untuk lawatan penyeliaan ke kolam ternakan ikan marin PPK Johor Bahru Selatan...Jadi saya bersama beberapa orang kawan mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan ringkas bersama beliau...

Untuk yang bekerja di sektor awam mesti familiar dengan PUSPANITA kan...Di LPP Johor nie wujud juga PUSPANITA nie...Tapi sejak setahun dua nie tak berapa nak aktif...Saya tak mahu menunding jari ke arah sesiapa...Ahli jawatankuasa telah dilantik jadi saya rasa adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa untuk mencorakkan perjalanan sesuatu kelab...

Perjumpaan selama 30 minit yang sangat berfaedah untuk saya...Untuk orang lain saya tak tahu la plak kan...Hihihihi...Saya cakap berfaedah sebab dalam masa setengah jam tu Prof sempat juga share ilmu keibubapaan dengan saya dan kawan-kawan lain...Untuk yang beranak kecik macam saya nie dah tentu la imu-ilmu begini sangat penting...Dont worry...Saya akan share jap lagi apa yang Prof nie share dengan kitorang yer...

Parenting Tips From Prof. Dr. Zaleha binti Kassim
  • Untuk ibu-ibu yang bekerja...Sebaik-baiknya masa yang ada di rumah setelah balik dari kerja tu kita isi dengan perkara-perkara yang boleh kita buat bersama dengan anak-anak...Sebab masa yang ada terhad sangat...Buat sesuatu yang boleh memberi impak kepada emosi anak-anak...Cotohnya berbual tentang aktiviti harian anak-anak...Sambil-sambil tengok kerja sekolah anak, tanya anak-anak apa yang diorang lalui sepanjang hari tu...Anak-anak pun happy sebab kita amek berat pasal diorang...
  •  Masak untuk keluarga...Biasakan diri untuk memasak walaupun penat...Sebab masakan dari air tangan ibu, mama, mommy, mak nie lebih bagus daripada kita beli kat luar sana...Walaupun simple setakat sayur bayam masak bening dan telur dadar...Yang pentingnya kita sendiri yang masak...
  • Hadkan masa-masa kerja kalau boleh...Contohnya bila hari cuti tu...Kalau boleh berikan perhatian sepenuhnya pada keluarga...Jangan la bila time cuti tu sibuk juga nak melayan call dan sms dari rakan sekerja...Dan kalau boleh hari cuti jangan ler plak nak gie kerja...Plan your work mengikut jadual..

Haaaa...Itu antara beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama korang...Yang rasa nak follow tu boleh jer follow...


Meh layan pics plak yer...

  Menyambut ketibaan Prof Dr. Zaleha binti Kassim...Sempoi jer Prof nie...Memang best sebab Prof tak ler protokol sangat...Hihihihi...

 Ehhhhh...Cake la...Ingat nak beli SR...Tapi kat SR time tu tak ada whole cake...Sedihhh...

 Ada la prepare minum-minum sket sempena perjumpaan yang setengah jam nie...


 Ada la dalam sepuluh orang ++ yang attend perjumpaan tu...Buat kat dalam bilik bos jer...Senang sket nak arrange...

Close up sket gambar Prof...Terima kasih Prof sebab sudi juga berjumpa dengan kami walaupun masa agak terbatas...Insyaallah ada masa nak berborak panjang dengan Prof...Nak korek lagi rahsia parenting...Hihihihi...

 Lastly tuan tanah nak close up juga...Hahahahahaha...Senang hati sebab badan dah makin susut...Seronok giler mama okey...(Semuanya gara-gar SHAKLEE...SHAKLEE is the best)

Ada beberapa cadangan yang terlontar dari mulut saya pada perjumpaan ini...Dan selepas nie saya akan perhatikan jer...Semoga jawatankuasa yang dilantik dapat memberikan komitmen yang penuh dalam tugas yang telah diamanahkan...Yang rasa tak mampu nak handle boleh letak jawatan...Rasanya ramai yang berminat cuma kita x pernah beri peluang pada mereka...

P/S : Saya pengedar sah SHAKLEE...Kalau ada yang berkenan nak mencuba SHAKLEE boleh contact saya yer...Insyaallah saya akan suggestkan supplement yang sesuai...

No comments: