January 31, 2014

Master Celebration Nur Zahirah

Assalamualaikum dan salam ceria...

Ingat lagi tak tentang Mascel SHAKLEE yang saya nak ceritakan tempoh hari...Master Celebration nie untuk meraikan Master Nur Zahirah dan Master Hafizan Lutfi...Kali nie SHAKLEE buat kat Hotel Istana..

Saya, Mr. Hubby, Nur Qaleesya Arissa dan Nur Qhasrina Zahra gerak dari kampung lebih kurang kul 2.00 petang...Memang nak gerak lepas lunch dan solat zuhur...Kebetulan MIL masak lauk Gulai Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api...Jadi wajib ler makan masakan MIL dulu baru leh kuar rumah...Hihihihihi...Nur Qistina Farzana tak ikut sebab joint sepupu dia gie Wet World Pedas...

Syukur alhamdulillah perjalanan dari kampung hingga ke KL lancar...Dari Seremban saya dah start on GPS sebab takut sesat plak kat KL nanti...Kitorang lalu highway LEKAS...Amek masa 2 jam lebih untuk reach Hotel Istana...Sampai jer Hotel Istana pun x amek masa sangat cari parking...

Sempat dengar ucapan Master Hafizan Lutfi dan yang paling teruja bila dapat dengar ucapan dan sharing dari Master Nur Zahirah...Kisah bagaimana dia mula berniaga secara offline dari kecil...Berniaga gula merah bersama adik beradiknya...Cerita dia mengayuh basikal keliling kampung untuk memastikan gula merah yang ada terjual...Rasa sebak bila dengar cerita dia di waktu dia nak letak jawatan kat PETRONAS...Bagaimana penerimaan keluarga dia dan keluarga mertua bila dia nak letak jawatan...Bergenang air mata saya...

Master Nur Zahirah tanya kat semua yang hadir...Siapa yang nak jadi MASTER...Haaaa...Waktu tu saya tanpa ragu-ragu terus laju angkat tangan...Ramai juga yang angkat tangan...Mr. Hubby pun excited bila gie Mascel SHAKLEE nie...Dia suruh saya fokus apa yang Master Nur Zahirah nak sharing...Rasa makin bersemangat sebab Mr. Hubby yang tersayang support dan izin saya untuk pergi lebih jauh dengan SHAKLEE...

Dan pada masa yang sama juga saya berkesempatan untuk hadiri sessi coaching setelah Mascel SHAKLEE selesai...Bukan senang nak dapat coaching dari insan-insan yang hebat...Jadi bila dapat peluang macam nie memang saya tak kan lepaskan peluang...Saya cedok ilmu banyak-banyak...Dan saya akan praktikkan untuk memastikan saya juga boleh berjaya seperti mereka yang telah berjaya...

 With Master Nur Zahirah dan Master Hafizan Lutfi...Kagum saya sebab dalam usia yang muda mereka berjaya bersama SHAKLEE...

With Nanny Ainul dan Mummy Anisah...Kedua-duanya mentor saya...Saya rasa lebih bersemangat bila dapat coaching dengan diorang berdua nie...

Saya dah nampak hala tuju saya dalam SHAKLEE nie...Insyaallah berkat usaha yang gigih dan amalan rohani yang konsisten saya yakin ALLAH SWT akan permudahkan jalan...Saya yakin saya boleh berjaya bersama SHAKLEE...

2 comments:

Emy Omar said...

Insyallah berkat usaha yang gigih dan berterusan Allah akan permudahkan segalanya kelak

Emy Omar said...

Insyallah berkat usaha yang gigih dan berterusan Allah akan permudahkan segalanya kelak