June 25, 2013

Excellent Result

Assalamualaikum
.
Last week memang busy...Entry sebelum nie pun dah menunjukkan betapa sibuknya saya dengan tugas-tugas hakiki di pejabat...Semuanya gara-gara inspection daripada Pejabat Keselamatan Negeri Johor yang diadakan semalam...Haaaaa...Itu pasal la x der entry semalam...

Last Thursday 20 July 2013, Tadika Ixora Ria adakan Parents Day...This year saya dan Mr. Hubby tak dapat nak attend Parents Day...Kebetulan pada tarikh tu Mr. Hubby ada mesyuarat jadi kitorang awal-awal dah inform yang kitorang akan amek report card Qistina petang...

Maka petang tu balik jer dari kerja kami terus ke Tadika Ixora Ria...Teacher Zie yang handle perjumpaan tu...Syukur alhamdulillah...Qistina berjaya mengekalkan result yang cemerlang pertengahan tahun nie...

Bahasa Melayu - 100%
English - 100%
Mathematics - 94%
Science - 100%
Pendidikan Islam -96%
Arabic - 100%

Sangat berpuas hati dengan result exam Qistina...Memang berharap sangat dia dapat keputusan exam yang baik...Sebab tahun nie tahun last dia di Tadika Ixora Ria...Next year dah nak sekolah dah...

Cuma...

Reading dia still tak berapa excellent...Huhuhuhu...Qistina memang dah boleh membaca...Dua tiga suku kata memang dah okey...Tapi kat Tadika Ixora Ria nie dah fokus untuk 4 suku kata ke atas...

Contohnya...

ME + NYA + YANG + I
ME + LA + KU + KAN
PER + LAK + SA + NA + AN

Untuk kawan-kawan yang anak mereka dah boleh membaca di usia 5 - 6 tahun...Boleh beri pendapat dan tunjuk ajar pada saya tak...Macam mana cara nak didik anak supaya boleh membaca dengan lebih lancar...

Bercerita pasal exam...16 Jun lepas sempat juga melawat adik di Kolej Vokasional Segamat...Syukur alhamdulillah...Adik bongsu saya semakin serasi dengan sekolah barunya...Keputusan exam Semester 1 sangat-sangat okey...Tahniah dik...Usaha lagi yer untuk semester yang akan datang...

June 21, 2013

Sibuk Sungguh Ni

Assalamualaikum...
Semalam nak update...
Tapi tak dapat...
Hari ni pun ingat nak update juga...
Apatah lagi nak melepak kat blog kawan-kawan...
Alahai...
Tak menyempat arr...
Sibuk sungguh nie...

Haaaa...
Amekkkkk...
Berpuluh-puluh fail untuk dibuat pelupusan...

P/S : Hoyeeeeehhhh...Dapat cek bonus SHAKLEE...Syukur alhamdulillah...

June 19, 2013

Alfalfa Memang Terbaik

Assalamualaikum...

Dah lama betul tak update pasal SHAKLEE kat blog nie kan...Hari nie saya nak share kat sini tentang produk ALFALFA...Untuk mereka yang dah kenal dan cinta dengan SHAKLEE & ALFALFA comfirm dah tahu sangat fungsi dan kebaikan yang kita perolehi bila mengambil ALFALFA nie...

Tapi hari nie saya nak share sendiri pengalaman diri sendiri dengan pengambilan ALFALFA nie...Saya mula mengambil ALFALFA nie since bersalinkan Qaleesya...Pengambilan waktu tu memang focus sebagai milk booster...Memang berharap sangat dapat menyusukan Qaleesya sehingga dia berusia 2 tahun...Susu memang sangat meriah bila makan ALFALFA nie...

Stok susu sentiasa ada dan syukur alhamdulillah saya berjaya menyusukan Qaleesya sehingga usia 1 tahun...Kenapa tak sampai 2 tahun?  Hehehehehe...Focus memang nak sampai 2 tahun tapi saya diberi rezeki dari ALLAH SWT untuk mengandung kali ketiga...Maka saya berhenti susukan Qaleesya dan pada masa yang sama saya juga berhenti memakan ALFALFA...

Tapi bila dah dapat Qhasrina saya continue semula mengambil ALFALFA...Maka kemeriahan memperolehi susu saya mula rasai sekali lagi...Syukur alhamdulillah...Susu untuk Qhasrina memang mencukupi sehingga kini...Dan focus pertama saya untuk 6 bulan ni dah hampir berjaya kerana sehingga ke hari ini (di usia Qhasrina 5 bulan lebih) Qhasrina hanya meminum susu ibu sahaja...Doakan saya berjaya hingga ke usianya 2 tahun yer...Insyaallah...

Selain berfungsi sebagai milk booster, ALFALFA membantu saya untuk pooo pooo setiap hari...Hahahahahaha...Macam baby ler plak guna istilah 'pooo pooo'...Memang every day saya akan membuang dengan pengambilan ALFALFA nie...Tak payah nak bersusah payah nak meneran sebab memang senang jer nak membuang bila makan ALFALFA nie...

Selain daripada tu masalah keputihan pun berkurangan...Dulu kalau tak pakai pantyliner mesti rasa semacam jer kan...Tapi sekarang nie tak pakai pun x per sebab masalah keputihan dah tiada...Memang sangat-sangat berkesan...

Untuk ibu-ibu yang menyusu disarankan untuk makan 2 biji selepas setiap kali pam...Pengambilan ALFALFA akan merangsang penghasilan susu dan paling maksimum yang boleh diambil adalah sebanyak 10 biji sehari...Korang yang nak makan ALFALFA nie kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari...Jangan kurang minum air tau...Air nie elok untuk kesihatan...Hehehehe...


 Yang kat atas tu penerangan dari website SHAKLEE...Banyak info tentang produk-produk SHAKLEE kat dalam website tu...Korang click jer dah leh tahu tentang SHAKLEE dan produk-produk yang ada...

ALFALFA nie pun kalau korang nak tahu x ler mahal sangat pun...Memang berbaloi sangat beli untuk kegunaan sendiri...Bukan untuk ibu menyusu jer...Tapi untuk wanita yang tak menyusukan anak pun boleh...Yang botol kecil mengandungi 330 biji pil...Dan botol besar plak mengandungi 700 biji pil...

Untuk keterangan lanjut dan yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya di talian 013-7660226...Segala pertanyaan akan dijawab dengan segera dan saya akan pastikan anda di luar sana mendapat harga yang istimewa daripada saya...

Shaklee ID : 914534

June 10, 2013

Yieeehhhaaa

Assalamualaikum dan salam ceria...
Yieeeehhhhaaa...
Hari nie tak mau taip entry panjang-panjang...
Just nak bagi tahu berat turun 2 kg lagi...
Memang syokkk...
Hope lepas nie berat makin turun la yer...
Teringin nak pakai baju2 waktu zaman selim melim...
Hehehehehe....


P/S : Tengah cabar diri sendiri untuk turunkan berat badan...Doakan saya berjaya...

June 6, 2013

Happy Birthday Qaleesya

Assalamualaikum dan salam ceria...Hari nie genap 2 tahun Nur Qaleesya Arissa lahir ke dunia...Pagi tadi waktu wish happy birthday kat dia bukan dia faham apa pun...Heheheheh...Kakak Qistina plak yang over tanya kenapa bukan birthday dia hari nie...Anak dara tu kalau boleh every day nak jadi birthday dia...

Anyway jarak birthday Qaleesya dan Qistina tak jauh...Qaleesya pada 6 Jun dan Qistina plak pada 3 Julai...Memang jarak x sampai sebulan pun...Maka celebration untuk puteri-puteri ini akan dibuat pada bulan Julai...Insyaallah...Memang dah ada perancangan untuk celebration birthday Qaleesya dan Qistina...Cuma belum decide nak buat kat Ixora atau nak buat kat rumah...

For my lovely Nur Qaleesya Arissa, mama ucapkan Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke2...Mama, papa, kakak dan baby sayangkan Qaleesya sangat-sangat...Jadi anak yang solehah dan berjaya dunia & akhirat...Mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Qaleesya...

Muaaaaahhhhhhhhhsssss...

(P/S : Apa la hadiah nak belikan untuk Qaleesya yer? Bagi idea sket...)

June 5, 2013

Majlis Aqiqah dan Potong Jambul Nur Qhasrina Zahra

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Fine, cerita nie pun dah lama sangat dah...Tapi hari nie baru nak update...Jadi sudi-sudikan lah membaca dan melihat gambar yang ada yer...

Majlis Aqiqah dan Potong Jambul anakanda Nur Qhasrina Zahra berlangsung pada 22 - 23 Mac 2013...Ambooooiii...Sampai 2 hari ekk...Sebenarnya aqiqah tu pada malam 22 Mac 2013...Tapi majlis potong jambul plak waktu pagi 23 Mac 2013...Program nie berlangsung sebab nak disamakan tarikh dengan wedding adik Lynn...Cerita tentang wedding adik akan menyusul di entry lain yer...

Majlis nie tak ler seglamour macam majlis aqiqah dan potong jambul anak-anak kecil yang lain...Memang buat yang simple jer sebab tak nak over dari wedding adik...Kang x pasal2 ada yang merajuk sebab majlis kita lagi glamour dari majlis dia...Huhuhuhuhu...Jadi buat ala kadar jer...Beg goodies pun Lynn just sediakan untuk 40 orang jer...

Aqiqah kitorang laksanakan pada malam 22 Mac 2013 sebab nak jamu saudara mara dan jiran tetangga makan daging kambing tu...Dan kambing aqiqah tu dimasak sendiri oleh papa Qhasrina sambil dibantu oleh Atuk Cik Rahim dari Batu Gajah...Masak asam manis...Memang sedap...

Majlis potong jambul keesokkan harinya dimulakan lebih kurang jam 10.30 pagi dengan bacaan berzanji dan marhaban oleh Kumpulan Berzanji Batu 16, Rawang...Ada la dalam 20 orang ahli kumpulan nie datang...Waktu wedding Lynn dan Mr. Hubby dulu diorang pun ada datang gak...


 Disebabkan x der majlis berendoi...Maka terus jer la dengan Majlis Potong Jambul bila Marhaban dinyanyikan...Dimulakan dengan Ketua Kumpulan Berzanji nie...


 
 Kemudian diteruskan oleh nenek Lynn...Syukur alhamdulillah...Kelahiran Nur Qhasrina Zahra telah menjadikan jumlah cicit nenek Lynn bertambah ke angka 13...

 Qhasrina sungguh behave waktu tu...Tidur jer...Macam tak der apa-apa yang berlaku di sekeliling dia...Hehehehe...

 Yang nie Atuk Long Yem...Nama glamour Atuk Long Janggut...Hehehehehe...Abang kepada nenek Lynn...Terima kasih yer tuk sebab sudi datang ke majlis nie...Dan mendoakan yang baik-baik untuk Qhasrina...

 Pak Lang Samsudin pun turut sama potong jambul...

 Pakcik handle karaoke siap bacakan doa untuk Qhasrina...Terima kasih banyak-banyak...

 Amboooooiiii menguap besar bila Atuk Ayah dia potongkan jambul...Hehehehehe...Atuk Ayah sempat bagi RM50.00 kat Qhasrina waktu nie...Terima kasih atuk...

Yang nie plak Atuk Kana...Atuk Negeri Sembilan...Datang awal juga hari tu sebab nak turut serta dalam Majlis Potong Jambul nie...Atuk Kana pun hulur RM50.00 juga...Bertambah duit tabung Qhasrina...Terima kasih atuk...

Majlis selesai dalam kul 11.45 pagi...Lynn pun terus la mengedarkan beg goodies pada semua ahli kumpulan tu dan menjemput diorang gie makan...Maka selesai la urusan majlis aqiqah dan potong jambul anakanda Lynn dan Mr. Hubby nie...