January 31, 2012

Sudah Pulih Dari Demamnya

Setelah 5 hari tidak berupdate, entry hari nie Lynn mulakan dengan ucapan syukur alhamdulillah kerana Qaleesya sudah beransur pulih dari demam yang dialaminya...Untuk pengetahuan korang semua last Friday, Lynn dan Mr. Hubby apply emergency leave sebab Qaleesya demam...Setelah usianya nak menjangkau 8 bulan, baru nie Qaleesya demam...3 hari juga nak melihat demamnya kebah...Dan ketika demam Qaleesya tidak menangis dan merengek macam anak yang demam...

Qaleesya masih mampu untuk bermain dan bergurau dengan kakaknya Qistina...Dan dia hanya merengek bila kami bagi dia makan ubat...Dan yang bagusnya Qaleesya akan telan ubat tu walaupun dia menjerit tak nak makan...Kalau Qistina dah tentu habis terkeluar semua ubat yang dimakan...Dicampur dengan melalak dan menangis sudahnya lebih senang masukkan ubat vontot...Macam kena dera jer bila nak bagi makan ubat...

Kebetulan kami sekeluarga memang ada jemputan di Melaka pada hari Sabtu lepas...Jadi lepas solat Jumaat Lynn dah sibuk ajak Mr. Hubby balik ke Negeri Sembilan...Sebelum balik ke Negeri Sembilan kitorang singgah dulu ke rumah pengantin di Melaka...Alhamdulillah pengantin telah selamat diijabkabulkan sewaktu kami tiba...Setelah minum petang dan sampaikan sumbangan kepada pengantin kami terus balik ke Negeri Sembilan...

Hari nie nak tepek gambar Qaleesya lagi...Kali nie nak letak gambar Qaleesya dengan Rayyan & Darwish...Agak ttttttttuuuuuuuuuuutttttt sket gambarnya tapi korang mesti tak kisah la sebab diorang budak-budak lagi...Hehehehehe...






Haaaahhh...Itu la gambarnya...Diorang bertiga bersuka ria hari Khamis lepas...Agaknya sebab terover bersuka ria tu la Qaleesya leh plak demam Jumaat esoknya...Huhuhuhuhuh...Tapi tak per...Qaleesya dah sihat dah...Mudah-mudahan bertambah sihat la yer lepas nie...Insyaallah...

January 26, 2012

Qaleesya & Qistina

Untuk pengetahuan korang semua 6 Febuari nie genap usia Qaleesya 8 bulan...Sekejap jer masa berlalu kan...Rasanya macam baru jer melalui rasa sakit lepas kena operation hari tu...Pejam celik pejam celik usia Qaleesya dah nak masuk setahun dah Jun nie...

Lynn dan Mr. Hubby perhatikan Qaleesya memang arr aktif sket berbanding Qistina...Berkat susu mama agaknya...Dulu Qistina hanya sempat minum susu mama selama 2 bulan jer...Lepas bagi susu formula terus dia x mau susu mama...Dan mungkin juga disebabkan dah mind set nak bagi susu formula...Tu yang anak pun tak nak minum susu mama...Tapi untuk Qaleesya pula, memang fully BF sehingga usia 6 bulan...Dan kini dah mula campur dengan susu formula...

Sehari Lynn cuma dapat produce susu lebih kurang 10 - 12 oz jer...Hanya sempat pam 2 kali jer sehari di office...Kat rumah memang x sempat nak pam langsung...Dan stok susu amat lah x banyak...Tak macam kawan-kawan di KIM...Seronok tengok diorang tayang gamabar susu 1 deep freezer kat KIM...Jealous pun ada sebab stok susu untuk Qaleesya tak banyak macam diorang...Huhuhuhu...

Walau sedikit macam mana pun susu yang Lynn dapat, Lynn tetap bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menyusukan Qaleesya sehingga kini...Bila di rumah memang Lynn akan sentiasa susukan Qaleesya mengikut permintaannya...Sehingga dia puas dan rasa seronok sangat bila dia dapat menyusu dengan Lynn...Mr. Hubby pun senang juga sebab dah tak payah nak bangun tengah malam buatkan susu anak...Hehehehe...

Qaleesya & Qistina pun agak rapat...Qistina akan sentiasa buat sesuatu yang menarik minat dan perhatian adiknya...Lebih-lebih lagi bila kami baru amek Qistina kat school...Qistina akan pastikan adik dia tergelak bila mereka bersama...Dan keletah anak-anak cukup menyenangkan Lynn & Mr. Hubby...Rasa penat yang ada hilang begitu sahaja...

Tahun nie juga merupakan tahun ketiga Qistina di Tadika Ixora Ria...Awal tahun nie dah nampak peningkatan Qistina dalam mengeja, membaca dan mengingat...Syukur alhamdulillah Qistina dah boleh mengeja beberapa suku kata dan perkataan yang simple seperti MAMA, PAPA, SUSU, BUKU dan beberapa perkataan lagi...Sebolehnya Lynn dan Mr. Hubby harapkan Qistina boleh membaca sebelum dia masuk Sekolah Rendah...Bukannya nak bagi tekanan kepada Qistina tapi kami tak nak dia ketinggalan...

Zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu...Masuk darjah 1 baru nak kenal huruf, nombor dan membaca...Semuanya nak kena advance...Sebagai parents kalau kami tak prepare semua nie dah tentu Qistina akan ketinggalan...Kesian nanti bila tengok anak-anak kita tak dapat mengikuti apa yang cikgu ajar di sekolah...Harapan Lynn mudah-mudahan segala yang kami berdua rancangkan untuk anak-anak akan dipermudahkan ALLAH S.W.T...

Meh layan gambar Qistina & Qaleesya...




Nie waktu di rumah MIL di Negeri 9...Qaleesya duk kacau Qistina tidur...Sudahnya Qistina bangun juga sebab dah boring kena kacau dengan Qaleesya...Hehehehe...Untuk pengetahuan korang semua, walaupun hari cuti Qistina & Qaleesya tetap akan bangun awal walaupun tidur lambat...Jangan harap la Mama & Papa nak bersenang lenang bangun lambat...


P/S : Apa cerita SBPA ek? On ke tidak? Baru berangan nak sambar something kalau dapat gaji baru SBPA nie...

January 25, 2012

Baju Breastfeeding

Sebenarnya dah lama sangat dah teringin nak beli baju breastfeeding nie...Menurut kata kawan-kawan di KIM baju breastfeed nie direka untuk menyenangkan para mommies untuk menyusukan baby walau di mana sahaja...Lynn sebenarnya teringin gak nak membeli baju nie...

Selama nie punya la duk cover2 bila menyusukan Qaleesya...Kadang-kadang tu sampai duduk dalam kereta nak menyusukan dia...Walaupun tak der baju nie alasan untuk tidak menyusukan Qaleesya tidak ada dalam fikiran Lynn...Bagi Lynn dengan adanya baju nie lebih menyenangkan Lynn...Tak ler rasa segan sangat kalau nak menyusukan kat public...

Dan kebetulan kat JB nie tak pernah plak gie usha kedai-kedai yang jual baju2 nie...Selama nie just tengok kat dalam Internet dan Facebook jer...Rasa mcm nak gie beli jer kain kat Jakel dan buat tempahan...Baju yang ditempah tu pun leh ikut saiz badan kita...Betul tak?

Design macam kat atas nie cun gak...Ker Dynas yang memang dah cun sebab tu bila pakai baju apa pun dia tetap nampak cun...Hehehehe...

Korang pernah beli tak baju nie...Ataupun tempah ker?  Kalau ada meh share sket dengan Lynn...

January 19, 2012

Nak Header Baru

Dari tajuk entry pun korang dah tahu kan apa yang Lynn nak bebelkan kat entry kali nie...Walaupun korang dah tahu tapi Lynn tetap nak citer kat korang...Sejak blog nie bertukar wajah, header yang ada tu macam x berapa nak menarik la...Memang nak sangat tukar header la...Kalau boleh nak suruh someone design sebab Lynn nie mana la reti nak buat semua tu...Huhuhuhu...

Kalau boleh nak la yang canteeeekkkk macam header blog MEK CHU...Tak sarat sangat tapi nampak canttteeeeekkkk...Suka la tgk header blog nie...


Header yang comey macam blog ALYCIA nie pun okey gak...Cute jer tengok Hot Mama Alycia dalam header nie...Hehehehe...



Sesiapa yang pandai meh la tunjukkan diri korang kat Lynn...Nak minta korang curahkan sket idea korang tu kat blog kesayangan Lynn nie...Dulu pernah gak Misz Sue buatkan header untuk Lynn...F.O.C jer...Header yang kat bawah nie...


Tapi sekarang nie bila dah berempat kena la tukar header yang baru...Tu yang tepek jer gambar raya 2011 yang lepas...Tapi gambar raya apa la sangat posingnya...Atau kami kena buat photoshoot supaya dapat amek gambar yang cun melecun untuk dijadikan header macam kat yang LIEYA LATIF buat...


Cer citer...Cer citer...Macam mana kasi settle problem nie...Huhuhuhuh...

January 17, 2012

Pavlova Memang Sedap

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua...Syukur alhamdulillah Lynn sekeluarga sihat-sihat sokmo...Dan kami sekeluarga ceria-ceria belaka...Hehehehe...Kalau boleh this year 2012 memang nak ceria dan happy selalu...Nak fikir yang positif jer dan tak nak ada aura negatif la...Boleh tak macam tu?  Harap-harap boleh la yer dan semoga semuanya dipermudahkan la yer...Insyaallah...

Masih ingat lagi tak entry Craving For Pavlova yang Lynn update last week...Kalau tak ingat meh terjah entry Lynn yang NIE...Syukur alhamdulillah keinginan untuk merasa Pavlova ini telah dapat dipenuhi pada hari Ahad lepas...Lynn order Pavlova nie kat seorang kakak di Pontian...Dulu waktu mengandungkan Qaleesya, kakak nie la juga yang buatkan Red Velvet Cake...Dan kali nie dia buatkan Pavlova plak untuk kami sekeluarga...

Memang betul la ramai yang mengatakan Pavlova nie sedap...Bagi Lynn, Mr. Hubby dan Qistina memang kami kata Pavlova nie sangaaaat la seddddaaaaappppp...Memang terbaeeeekkk la...Nak tengok tak Pavlova yang kami order tu...Meh scrolll meh...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sebelum tu nak bagi tahu harga Pavlova nie RM65.00...Kata kawan baik Lynn, sanggup plak Lynn bayar RM65.00 sebab nak makan Pavlova nie...Hehehehehehehe...Nak tahu tak apa jawapan Lynn...Haruslah sanggup...Sebab kalau tak bayar RM65.00 macam mana la nak tahu rasa Pavlova nie...Tak kan ada orang la nak bagi Pavlova nie free-free gitew jer...Betul tak?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Inilah rupanya Pavlova yang Lynn sekeluarga makan Ahad lepas...Dan hari nie Pavlova nie tinggal suku jer...Sangat sedap dimakan tengah sejuk...Memang terbaeeeeekkkk la...Insyaallah ada peluang nanti nak gie belajar buat Pavlova nie dengan kakak kat Pontian tu...Boleh giteeeewww...

Erm, okey la...Nak kuar lunch nie...Nanti Lynn nak update pasal Double Q plak yer...Tapi sebelum tu nak tepek gambar Qaleesya kat sini...


Bam-bam ke tak Qaleesya sekarang nie?  Cuba korang cakap...Hehehehe...

January 12, 2012

Craving For Pavlova

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua...Hari nie hari Khamis...Esok dah Jumaat...Dan esoknya pula hari Sabtu...Hari untuk bercuti dan merehatkan diri di rumah...Minggu nie Lynn dan Mr. Hubby tak der plan nak ke mana-mana...Just nak spend masa jer kat rumah...Dan sambil tu nak mengemas rumah serta siapkan tempahan chocolate...

Okey, entry pagi nie berkenaan dengan Pavlova...Sebenarnya nak buat entry lain hari nie...Tapi tadi terbaca satu entry dari kawan blogger...Kojah yang selalu sangat makan Pavlova tu...Alahai...Lynn nie sebenarnya tak pernah makan Pavlova tu...Memang teringin sangat-sangat nak makan...Ada ke sesiapa yang kat Johor Bahru nie pandai buat Pavlova nie...Meh bagi tahu Lynn...Nak order la...

Ada ker di antara korang yang pernah makan Pavlova nie...Tentu ramai yang dah pernah makan kan...Lynn nie jer yang tak pernah tahu macam mana rasanya Pavlova nie...Tapi dari gambar-gambar kat bawah nie memang Lynn dapat rasakan yang Pavlova nie sangat sedap...Kalau korang tak percaya meh tengok gambar kat bawah nie...Agak-agaknya sedap ke tidak ek?




Cer citer sket...Sedap ke tak sedap Pavlova nie...Untuk mereka yang tahu kat mana nak order Pavlova nie kat Johor Bahru sila maklumkan pada Lynn yer...Nak sangat la makan Pavlova nie...

P/S : Teringin makan nie macam orang mengandung lak...Huhuhuhuhu...Giler arrrr...Qaleesya baru jer 7 bulan...Jangan bukan-bukan la...

January 11, 2012

Tentang Kami Sekeluarga

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie Lynn nak update sket tentang family Lynn...Dah lama kan x update tentang Mr. Hubby dan my double Q kat blog nie...Semua nie angkara kesibukan yang melampau la...Huhuhuhu...Tapi lepas nie Lynn akan cuba untuk fokus semula kat blog kesayangan Lynn nie...

Jumaat lepas Lynn dan Mr. Hubby dikehendaki untuk menyertai kursus Biro Tatanegara dan Sukan Tahunan KSK LPP Johor di Saujana Asahan, Melaka...Jadi sebelum kami berdua ke Saujana Asahan kami balik dulu ke Negeri Sembilan pada hari Khamis...Nak hantar double Q kami ke rumah wan dan atuk mereka...Nasib baik arr mak n ayah mertua Lynn sudi untuk menjaga double Q...Kalau tak memang salah seorang daripada kami yang kena mengalah dan tak attend program nie...

Selepas subuh pada Jumaat tu kami berdua bertolak ke Saujana Asahan...Syukur alhamdulillah kami berdua selamat tiba jam 8.30 pagi dan kursus bermula jam 9.00 pagi...Mr. Hubby yang tak joint kursus dah gie melepak dengan kawan-kawan lain...Kursus tu bukan lama mana pun...Start jam 11.30 pagi bermula la Kejohanan Sukan Tahunan KSK LPP Johor....

Dan sepanjang kejohanan ini Lynn mengambil masa untuk uruskan kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan...Ada juga kerja-kerja yang tak der dalam senarai Lynn laksanakan...Kerja-kerja adhoc yang kadang kala menyakitkan hati...Makin lama Lynn berada didalam jawatankuasa ini Lynn dapati makin mengarut dan macam-macam hal yang terjadi...Ikutkan hati dan hasil perbincangan dengan Mr. Hubby, nak buat dah notis perletakan jawatan dalam jawatankuasa KSK LPP Johor nie...

Tapi setiap kali maklumkan kepada Jawatankuasa Induk, ramai yang membantah...Tak diizinkan Lynn nie meletakkan jawatan...Jadi sehingga kini Lynn sentiasa mendidik hati ini supaya bersabar dan buat jer semua kerja-kerja tu...Nasib baik Mr. Hubby banyak membantu...Sentiasa memberi sokongan dan khidmat nasihat di saat Lynn memerlukan...

Hari pertama double Q berada di Negeri Sembilan keadaan agak terkawal...Kata mak mertua Lynn, Qistina memang 100% okey...Qaleesya plak semakin petang semakin merengek...Mungkin sebab dia dapat rasakan yang malam tu dia akan tidur bersama dengan Wan dia dan bukannya dengan Mama dan Papa seperti kebiasaan...Memang benar kata orang, anak yang masih menyusu susu ibu memang akan meragam bila tidur malam...

Qaleesya menangis pada malam tu dan nasib baik setelah diberikan EBM dia berhenti menangis dan tidur di dalam buaian...Kata mak mertua lagi, sepanjang malam Qaleesya berada di dalam buaian tu...Tak per la...Asalkan dia x melalak dah la...Dan pada keesokkan harinya mood Qaleesya bertambah okey...Agaknya anak kecil nie dah faham...Nasib baik juga adik-adik ipar Lynn berada di Negeri Sembilan...Dapat la mereka membantu mak mertua Lynn menghandle double Q...Syukur...

Kejohanan Sukan Tahunan KSK LPP Johor tahun nie dimenangi oleh kontigen PPD Johor Timur...Mr. Hubby juga memenangi tempat ketiga dalam acara Sepak Takraw...Dan program Kejohanan ini juga berjalan lancar walaupun di mata Jawatankuasa Induk masih ada cacat celanya...Tapi malas la nak ulas lebih-lebih kat sini...Nanti makin panjang plak jadinya...Lynn dan Mr. Hubby sampai di Negeri Sembilan jam 6.45 petang pada hari Sabtu tu...

Ingatnya nak ke pasar malam Simpang Durian malam tu...Tapi mak mertua kesayangan telah memasak Kijang Masak Lemak Cili Api yang sangat terbaaaaaaaeeeeeeeeekkkkk...Jadi hasrat nak makan Char Kuew Tiaw Special yang selalu beli kat Pasar Malam tu dilupakan la...Hehehehehehe...Esoknya kami sekeluarga ke suatu tempat yang menarik...Nak tahu kami ke mana...Nantikan next entry yer...

Okeylah...Nak buat kerja-kerja yang dah menanti nie...Take care semua...Nanti Lynn update lagi yer...

January 3, 2012

Happy New Year

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog Lynn nie...Syukur alhamdulillah kita semua masih berpeluang untuk menarik nafas di tahun baru 2012 ini...Dah masuk 3 hari pun tahun baru nie bermula...Tapi hari nie la Lynn baru berpeluang untuk wish Happy New Year untuk korang semua...

Sebenarnya bukan x nak wish awal-awal...Tapi episod busy masih lagi tak habis-habis...Bermula dengan Hari Keluarga KSK LPP Johor di Melaka Wonderland pada 24 Disember bersambung pula dengan Majlis Makan Malam Pertukaran Pengarah pada 30 Disember 2011...Dan pada hari Jumaat nie ada satu lagi program besar yang perlu diambil berat...Program Sukan Tahunan yang mengambil masa 2 hari di Saujana Asahan, Melaka...

Namun begitu walau sesibuk mana pun urusan Lynn di pejabat, hal keluarga tetap diutamakan...Anak-anak kesayangan Lynn dan Mr. Hubby sihat walafiat dan kami sekeluarga sangat happy sekarang nie...Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke akhirnya...Dan nak dijadikan cerita disebabkan kesibukan yang melanda, pagi nie Lynn dah siapkan Qistina macam hari nie hari pertama persekolahan...Huhuhuhuhu...Tak pasal-pasal Qistina sorang jer yang pakai uniform gie Tadika Ixora Ria...

Nasib baik arr Qistina sporting habis...Tak menangis pun bila tengok kawan-kawan lain pakai baju biasa tapi dia dah excited pakai uniform...Dan disebabkan nak memberi tumpuan kepada persekolahan Qistina, maka hari esok Lynn akan bercuti...Nak hantar dia ke Tadika Ixora Ria seperti parents lain dan lepas tu nak gie bank lor...Nak gie tengok dividen ASB Lynn...Hehehehe...Rezeki masyuuuukkk lagi...Syukur alhamdulilah...

Owh yer...Pengarah baru dah mula lapor diri hari nie...Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar...Rasa excited nak bekerja di bawah kepimpinan beliau...Semoga semuanya okey la yer...Okeylah...Ada masa Lynn akan update lagi...Take care semua...