May 31, 2012

Dah Lama Betul Tak Update

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua...Huhuhuhuhu...Dah lama betul kan Lynn tak update blog...Dah naik bersawang dah blog nie...Alahai...Sebenarnya memang busy sket la lately nie dan mood nak update mood memang x berapa nak ada sangat...Itu pasal la tak der apa-apa update kat blog nie...Kat facebook pun tak der update gak...Huhuhuhuh...

Hari nie baru la ada mood sket nak update...Harap-harap biarlah mood nak update tu sentiasa okey jer...Teringin sebenarnya nak bercerita macam dulu-dulu...Nak baca entry kawan-kawan dan komen-komen...Hope sangat mood berblogging akan sentiasa baekkkk...

Owh yer, sepanjang sebulan tak update nie, macam-macam perkara yang berlaku sebenarnya...Meh tengok list kat bawah nie yer...Tak sempat nak ngomel panjang-panjang...Just dapat buatkan list jer...

29 - 30 April 2012 : Berjalan-jalan dengan family in law ke Pulau Pangkor...
2 Mei 2012 : Nur Qaleesya Arissa admitted kat Wad Kanak-Kanak, Hospital Jelebu (Muntah-muntah & Berak-Berak)
3 Mei 2012 : Nur Qaleesya Arissa dah boleh kuar wad...(Cuti seminggu untuk memastikan anak betul-betul sembuh)
7 Mei 2012 : Nur Qistina Farzana pula tak sihat...Mr. Hubby yang bawa ke klinik dan jaga di rumah...
10 Mei 2012 : Syukur alhamdulillah Double Q dah beransur sihat...
12 Mei 2012 : Dapat job untuk Double Q Chocolate Fountain kat Horizon Hills, Nusajaya 
20 Mei 2012 : Dapat job untuk Double Q Chocolate Fountain kat Royal Johor Golf Club, Johor Bahru
21 Mei 2012 : Nur Qaleesya Arissa kena Chicken Pox.  Kesian betul tengok anak yang sorang nie...Baru jer baik muntah-muntah dan kena chicken pox plak...
 26 Mei 2012 : Suppose ada job untuk Double Q Chocolate Fountain kat Rawang, tapi terpaksa tolak sebab Mr. Hubby kena attend kursus. Tapi rezeki memang ada untuk kami sekeluarga, dapat last minute job kat Taman Rinting pada malam 26 Mei 2012 tu.  Syukur alhamdulillah
27 Mei 2012 : Balik ke Rawang juga sebab ada wedding.
28 Mei 2012 : Memborong peralatan chocolate kat Chow Kit. Boleh pitam tengok barang-barang tu semuanya. Hehehehe.

Haaaa...Tengoklah list yang ada nie...Pack kan jadual kami sepanjang satu bulan nie...Harap-harap lepas nie tak ler sesibuk sangat macam nie...Sebab pada 22 Mei 2012 yang lepas Doktor Siti Fatimah baru sahkan yang Lynn mengandung anak ketiga...Baru jer 6 minggu...Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang tidak diduga ini...Semoga semuanya dipermudahkan...Insyaallah...