April 23, 2012

Kita Hidup Ni Bukan Untuk Berlumba-Lumba

Assalamualaikum dan salam ceria...Hari nie, pagi-pagi lagi dah timbul satu isu...Huhuhuhuhu...Sangat sedih tapi i need to be strong...Sebabnya kalau tak strong n positive dah tentu la mood negatif dan sedih tu akan berpanjangan setiap kali berjumpa dengan mereka-mereka itu...

Syukur alhamdulillah, Lynn sekeluarga memang rasa happy dan bahagia sekarang nie...Dengan rahmat dan berkat dari rezeki ALLAH S.W.T berikan, kami sekeluarga dapat menumpang hidup di muka bumi ini dengan segala keperluan yang mencukupi...Dan untuk pengetahuan semua, yang ada sekarang nie adalah dengan hasil titik peluh Lynn dan Mr. Hubby...Bukan dari hasil meminta-minta atau belas ikhsan sesiapa yer...

Jadi bila ada isu orang mengata yang kami nie jealous dengan kekayaan, kejayaan dan apa yang orang lain ada maka hati nie tersentap juga la...Sebabnya baik Lynn atau Mr. Hubby kitorang tak pernah pun nak jealous atau iri hati dengan kejayaan dan keupayaan orang lain nak pakai kereta atau beli rumah besar ke apa...Tak der hati pun nak jealous bila tengok orang lain ada duit berkepuk-kepuk dalam akaun bank tu...Sebab apa yang ada di depan mata kami nie memang mencukupi...

Walaupun berhutang dengan bank, tapi kami punya rumah dan kereta sendiri...Dan bagi kami berdua juga semua nie adalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T...Biarpun duit berkepuk-kepuk tapi tak diuruskan dengan betul pun tak guna juga...Bagi kami hidup nie bukan untuk berlumba-lumba...Tapi ada spesis di luar sana yang suka berlumba-lumba...Duk sibuk mengata orang sampai terlupa tentang diri sendiri...Apa la masalah korang ek? Huhuhuhuh...Tepuk dada tanya selera...

Sekian...