February 3, 2012

Cuti Panjang Nie Korang Ke Mana?

Syukur Alhamdulillah...Lynn baru jer balik lunch nie...Kenyang sungguh perut...Jangan sat gie mata kuyu nak tidur sudah ler...Dah la sah-sah tak cukup tidur 2 hari ni...Sibuk buat tempahan chocolate untuk satu wedding pada ahad nie...Malam nie pun nak buat satu tempahan lagi...Tapi tak ler banyak mana pun...Untuk kawan baik Lynn yang nak gie bercuti ke Port Dickson esok...

Bercakap tentang bercuti nie teringin juga rasanya nak spend masa berempat gie bercuti juga...Lebih-lebih lagi bila cuti panjang 4 hari yang start esok...Kalau nak balik kampung memang tak der dalam list sebab Raya Cina hari tu dah pun balik ke Rawang...Last week plak baru jer balik Negeri Sembilan...Maka this week kena la kitorang stay jer kat rumah...Maybe nanti-nati la kitorang leh gie bercuti...

Sebenarnya dah ada plan dah nak buat apa kat rumah minggu nie...Lynn dan Mr. Hubby ada projek khas....Waahhhhhh...Projek apakah itu? Cer teka cer teka....Tak yah ler korang semua fikir lama-lama...Meh Lynn khabar kat korang semua...Lynn dan Mr. Hubby sebenarnya dah lama merancang nak deco bilik Qistina...Tapi tak pernah menjadi realiti...Jadi cuti yang panjang selama 4 hari nie bakal di isi dengan membuat sket decoration di bilik Qistina...

Tapi tak ler meriah dan secantik macam yang ada kat blog Zaldeco nie...Kalau nak meriah macam gini harus ler ada budjet ratus-ratus dan maybe juga leh cecah riban-riban...Huhuhuhuhu...Betul tak?





Tapi walaupun tak der budget yang besar kita masih boleh mendecoratekan bilik menggunakan idea dan kreativiti kita...Jadi korang semua doakan la yer agar rancangan Lynn dan Mr. Hubby nak decorate bilik Qistina nie berjaya...Hehehehe...

Selamat bercuti panjang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia...Sesiapa yang balik kampung atau gie jalan-jalan tu berhati-hati di jalan raya yer...Kenderaan comfirm banyak cuti-cuti panjang nie...Take care semua...