January 11, 2012

Tentang Kami Sekeluarga

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie Lynn nak update sket tentang family Lynn...Dah lama kan x update tentang Mr. Hubby dan my double Q kat blog nie...Semua nie angkara kesibukan yang melampau la...Huhuhuhu...Tapi lepas nie Lynn akan cuba untuk fokus semula kat blog kesayangan Lynn nie...

Jumaat lepas Lynn dan Mr. Hubby dikehendaki untuk menyertai kursus Biro Tatanegara dan Sukan Tahunan KSK LPP Johor di Saujana Asahan, Melaka...Jadi sebelum kami berdua ke Saujana Asahan kami balik dulu ke Negeri Sembilan pada hari Khamis...Nak hantar double Q kami ke rumah wan dan atuk mereka...Nasib baik arr mak n ayah mertua Lynn sudi untuk menjaga double Q...Kalau tak memang salah seorang daripada kami yang kena mengalah dan tak attend program nie...

Selepas subuh pada Jumaat tu kami berdua bertolak ke Saujana Asahan...Syukur alhamdulillah kami berdua selamat tiba jam 8.30 pagi dan kursus bermula jam 9.00 pagi...Mr. Hubby yang tak joint kursus dah gie melepak dengan kawan-kawan lain...Kursus tu bukan lama mana pun...Start jam 11.30 pagi bermula la Kejohanan Sukan Tahunan KSK LPP Johor....

Dan sepanjang kejohanan ini Lynn mengambil masa untuk uruskan kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan...Ada juga kerja-kerja yang tak der dalam senarai Lynn laksanakan...Kerja-kerja adhoc yang kadang kala menyakitkan hati...Makin lama Lynn berada didalam jawatankuasa ini Lynn dapati makin mengarut dan macam-macam hal yang terjadi...Ikutkan hati dan hasil perbincangan dengan Mr. Hubby, nak buat dah notis perletakan jawatan dalam jawatankuasa KSK LPP Johor nie...

Tapi setiap kali maklumkan kepada Jawatankuasa Induk, ramai yang membantah...Tak diizinkan Lynn nie meletakkan jawatan...Jadi sehingga kini Lynn sentiasa mendidik hati ini supaya bersabar dan buat jer semua kerja-kerja tu...Nasib baik Mr. Hubby banyak membantu...Sentiasa memberi sokongan dan khidmat nasihat di saat Lynn memerlukan...

Hari pertama double Q berada di Negeri Sembilan keadaan agak terkawal...Kata mak mertua Lynn, Qistina memang 100% okey...Qaleesya plak semakin petang semakin merengek...Mungkin sebab dia dapat rasakan yang malam tu dia akan tidur bersama dengan Wan dia dan bukannya dengan Mama dan Papa seperti kebiasaan...Memang benar kata orang, anak yang masih menyusu susu ibu memang akan meragam bila tidur malam...

Qaleesya menangis pada malam tu dan nasib baik setelah diberikan EBM dia berhenti menangis dan tidur di dalam buaian...Kata mak mertua lagi, sepanjang malam Qaleesya berada di dalam buaian tu...Tak per la...Asalkan dia x melalak dah la...Dan pada keesokkan harinya mood Qaleesya bertambah okey...Agaknya anak kecil nie dah faham...Nasib baik juga adik-adik ipar Lynn berada di Negeri Sembilan...Dapat la mereka membantu mak mertua Lynn menghandle double Q...Syukur...

Kejohanan Sukan Tahunan KSK LPP Johor tahun nie dimenangi oleh kontigen PPD Johor Timur...Mr. Hubby juga memenangi tempat ketiga dalam acara Sepak Takraw...Dan program Kejohanan ini juga berjalan lancar walaupun di mata Jawatankuasa Induk masih ada cacat celanya...Tapi malas la nak ulas lebih-lebih kat sini...Nanti makin panjang plak jadinya...Lynn dan Mr. Hubby sampai di Negeri Sembilan jam 6.45 petang pada hari Sabtu tu...

Ingatnya nak ke pasar malam Simpang Durian malam tu...Tapi mak mertua kesayangan telah memasak Kijang Masak Lemak Cili Api yang sangat terbaaaaaaaeeeeeeeeekkkkk...Jadi hasrat nak makan Char Kuew Tiaw Special yang selalu beli kat Pasar Malam tu dilupakan la...Hehehehehehe...Esoknya kami sekeluarga ke suatu tempat yang menarik...Nak tahu kami ke mana...Nantikan next entry yer...

Okeylah...Nak buat kerja-kerja yang dah menanti nie...Take care semua...Nanti Lynn update lagi yer...