October 19, 2011

Melaka Wonderland

Salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog nie...Sihat ker semuanya? Lynn doakan korang semua sihat-sihat belaka la yer...Hari nie Lynn nak update sket pasal Melaka Wonderland nie...Daripada nama pun mesti dah tahu kan yang Melaka Wonderland nie dah tentu dan sah la terletak di Melaka...Tapi which part of Melaka ek...Ayer Keroh ker, Alor Gajah ker...Ada sesiapa yang tahu?

Sempena Hari Keluarga KSK LPP Johor yang akan dilakukan secara dwitahunan maka tahun nie turn KSK LPP Johor untuk organize Hari Keluarga untuk ahli-ahli dan keluarga sekali lagi...Last Friday Lynn bersama Setiausaha KSK LPP Johor dah pun ke Endau untuk meninjau kawasan di Teluk Gorek Beach Resort...

Huhuhuhuh...Sayangnya persekitaran dan kemudahan yang ada di Teluk Gorek Beach Resort tidak dapat menampung kapasiti seramai 1000 peserta untuk Hari Keluarga KSK LPP Johor nie...Maka kami cuba untuk mencari tempat-tempat lain yang menarik...Lynn terdetik untuk mencadangkan Melaka Wonderland sebagai venue Hari Keluarga kami untuk tahun nie...



Tapi masalahnya Lynn nie tak pernah pun berkunjung ke Melaka Wonderland tu...Lynn tak tahu apa yang menarik kat Melaka Wonderland nie...Dari website yang Lynn tengok, memang tempatnya masih baru dan menarik perhatian terutamanya untuk anak-anak...Erm, korang ada pengalaman tak berada di Melaka Wonderland nie?  Please share dengan Lynn...Rasanya berbaloi tak kalau nak buat Hari Keluarga kat sana?