September 5, 2011

After 3 Months Maternity Leave

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca blog ALL ABOUT US nie...Syukur alhamdulillah kerna Lynn sekeluarga diberi kesempatan untuk menikmati hidup di muka bumi ALLAH S.W.T ini lagi...Sempena bulan Syawal nie Lynn sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan blogger dan pembaca blog nie...Mohon maaf andai ada terlanjur kata dan bahasa yer...

Hari nie 5 September 2011 merupakan hari pertama Lynn bekerja setelah bercuti selama 3 bulan...Dengan mood yang berkobar-kobar Lynn pergi ke tempat kerja hari nie...Walaupun berat hati nak tinggalkan Qaleesya kat pengasuh tapi nak buat macam mana kan...Kalau tak kerja nanti kesian plak dengan Mr. Hubby kena kerja sorang-sorang...

Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan dan Lynn harap Qaleesya okey2 jer...Stok susu memang dah standby untuk Qaleesya...Sepanjang tempoh 3 bulan Lynn kumpul stok...Waktu raya pun Lynn sibuk gak pump...Semata-mata untuk Qaleesya...Dan Lynn berharap sangat dapat susukan Qaleesya sehingga usia dia 2 tahun...Insyaallah...

Mulai hari nie juga Lynn akan mulakan semula aktiviti blogging yang telah Lynn tinggalkan sejak 3 bulan lepas...Banyak yang Lynn nak kongsikan...Dari saat kelahiran Qaleesya dan yang paling terkini tentang sambutan hari raya kami...Lynn akan cuba update sket sket yer...Sebab kerja kat pejabat pun nak kena buat juga...Tak boleh la nak lepas tangan jer...Hehehehehe...

Okeylah...Take care semua...Will update soon...