June 17, 2011

Result Kuning Hari Nie

Assalamualaikum semua...Pagi tadi Lynn dan Mr. Hubby bawa Qaleesya ke klinik lagi...Hari nie merupakan hari ke 9 Qaleesya kena kuning...Dan result kuning Qaleesya hari nie turun 10.8 jer...Sket jer penurunan berbanding semalam...Walaupun sedikit Lynn dan Mr. Hubby tetap bersyukur kepada Allah S.W.T...Dan harapan Lynn dan Mr. Hubby agar keputusan kuning Qaleesya akan turun bawah 10.0 waktu check up Isnin nie...

Setakat nie Lynn memang berusaha bagi susu sama ada direct feeding atau pun menggunakan botol susu setiap jam kepada Qaleesya...Selain tu Mr. Hubby perah anggur hijau dan airnya kami suapkan ke mulut Qaleesya...Memang kitorang berdua berusaha untuk turunkan tahap kuning di badan Qaleesya...


Ramai juga kawan-kawan blogger yang bagi cadangan untuk reducekan kuning Qaleesya...Antaranya bagi minum susu kambing, sengkuang cina dan mandikan dengan ubat sen sei...Thanks a lot la kat korang semua sebab banyak bagi sokongan pada Lynn...Mudah-mudahan dengan usaha dan berkat doa daripada semua anak kesayangan Lynn, Nur Qaleesya Arissa akan sihat dan bebas dari Kuning...Insyaallah...