June 16, 2011

Penyakit Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...Apa khabar semuanya?  Hari nie baru la Lynn berkesempatan nak update sket citer tentang kami sekeluarga...Sebabnya baru jer pagi tadi Mr. Hubby register P1 broadband untuk kegunaan Lynn...Mr. Hubby tahu yang Lynn nie tak boleh kalau tak surf internet lama-lama...Itu yang dia gie dapatkan P1 broadband untuk Lynn...Tq so much yer Mr. Hubby...

Lynn sebenarnya nak maklumkan pada korang semua yang anak kedua Lynn, Nur Qaleesya Arissa sekarang tengah mengalami Penyakit Kuning @ Jaundice...Hari nie dah masuk hari ke 7 Qaleesya mengalami penyakit nie...Bermula pada hari keempat kelahirannya Lynn dan Mr. Hubby dah berulang ke klinik untuk pemeriksaan darah...Update darah Qaleesya dari hari ke empat hingga ke hari nie seperti kat bawah nie...

9 April (Hari ke4) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 13.2 
10 April (Hari ke5) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 13.0 
11 April (Hari ke6) Klinik Kesihatan Johor Bahru  - 13.2
12 April (Hari ke7) Wad A3 Hospital Sultanah Aminah - 16.49 
13 April (Hari ke8) Wad A2 Hospital Sultanah Aminah - 13.6
14 April (Hari ke9) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 10.9
15 April (Hari ke10) - Tiada pemeriksaan darah
16 April (Hari ke11) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 11.1

Macam tu la keputusan darah Qaleesya sejak hari ke4 kelahirannya...Dan daripada perhatian Lynn dan Mr. Hubby dah tak nampak sangat kuning kat kulit dan mata Qaleesya...Tapi pemeriksaan pagi tadi boleh naik plak daripada pemeriksaan hari Selasa lepas...Huhuhuhuhu...Risaunya Lynn...Dah la pada hari je 7 dan ke 8 hari tu Qaleesya dah kena tahan kat wad...Satu malam dekat wad A2 Hospital Sultanah Aminah membuatkan Lynn nie tak senang duduk...Mendodoi-dodoi Lynn menangis bila dapat tahu Qaleesya kena tahan wad...Sedih sangat...Nasib baik la cuma satu malam jer...

Esok pagi ada check up lagi...Harap-harap la keputusan darah Qaleesya akan turun bawah 10.0...Tadi pagi nurse dah suruh bagi susu formula jer kat Qaleesya supaya kuning tu cepat kuar dari badan dia...Tergamam Lynn dan Mr. Hubby dengar sebab Lynn memang fully breastfeed Qaleesya sejak dia lahir...Waktu kena tahan kat wad tempoh hari pun kitorang hantar EBM kat wad untuk Qaleesya minum...Sekarang nie senang2 jer nurse nak suruh bagi susu formula...Huhuhuhu...

Lynn memang tak makan jamu sejak melahirkan Qaleesya...Pati Ikan Haruan dan Gamat Healin pun Lynn tak makan dulu tapi kuning dia tetap juga tak habis...Ada sorang nurse tu cakap selagi tak cukup 14 hari baby memang ada potensi untuk alami penyakit nie...Lebih2 lagi bila jenis darah Lynn O+...Memang arr payah sket nak hilang panyakit nie...Selain dari tu Lynn dah usaha juga mandikan Qaleesya dengan daun belimbing buluh dan ubat dari kedai ubat sen sei...Tapi kuningnya tetap ada...Huhuhuh...

Nak buat macam mana lagi yer...Risau betul Lynn dan Mr. Hubby mengenangkan hal nie...Kitorang memang benar-benar mengharap agar penyakit kuning yang dialami Qaleesya nie beransur pulih...Mudah-mudahan keputusan darah Qalessya esok pagi 10.0 ke bawah la yer...Kesian tengok Qaleesya kena amek darah every day...Dah la kaki dia comey jer...Huhuhuhuh...