June 3, 2011

Happy Birthday To Both Of Them

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Wah...Sekejap jer masa berlalu kan...Dah pun hari Jumaat...Esok dan lusa cuti-cuti weekend...Syok betul...Dan kebetulan weekend nie kitorang ada 2 kenduri yang perlu kitorang hadir...Satunya di Kota Tinggi dan satu lagi di Batu Pahat...Nasib baik la hari berasingan...Kalau tak jenuh juga terpaksa bekejar-kejar ke sana sini...

Kalau tak attend rasa macam tak wajar plak sebab dua-dua kenduri melibatkan hubungan kekeluargaan...Huhuhuhu...Jadi kena la attend...Dan kebetulan parents Lynn pun akan datang ke JB malam nie...Untuk attend kedua-dua kenduri yang bakal berlangsung...

Entry pagi nie adalah entry penghargaan buat 2 orang yang Lynn kenali sejak zaman sekolah menengah lagi...Waktu tu kitorang sama-sama bersekolah di Sek. Men Puteri Wilayah, Kampung Baru, KL...Dah berzaman dah pun...Lebih 15 tahun yang lepas...Tapi disebabkan tanda ingatan yang kuat dan adanya teknologi IT seperti Facebook dan Blog maka dapat la jumpa kembali...

Masing-masing berkongsi tarikh lahir yang sama tetapi tahun yang berlainan...First of all, Lynn nak wish Happy Birthday untuk Mas Zuber yang menyambut hari lahir yang ke30 pada hari nie...Lynn doakan Mas Zuber bertemu jodoh yang baik dan melangsungkan perkahwinan yer...Tak sabar nak tengok kawan yang sorang nie naik pelamin...


Dan yang keduanya untuk adik manis Fuzila yang menyambut hari lahirnya yang ke 29 tahun nie...Seorang wanita yang cukup tabah dalam mengharungi kehidupan...Kak Lynn doakan Fuz sentiasa tabah dan ceria dalam menempuh segala cabaran dan dugaan dari ALLAH S.W.T...Insan sebaik Fuz pasti akan ketemu jodoh yang baik juga satu hari nanti...Insyaallah...


Kedua-dua insan yang Lynn kenali nie memang kaki jalan...Mas akan ke Korea tak lama lagi...Dan Fuzila plak baru jer balik dari Krabi...Memang enjoy sangat tengok diorang berdua nie...Anyway walau apa pun yang korang berdua buat, Lynn doakan korang berdua happy...Take care always dan enjoy your birthday today yer...

HAPPY BIRTHDAY FOR BOTH OF YOU...
MUUUAAAAAHHHHSSSS...