June 21, 2011

Apa yang boleh dimakan?

Assalamualaikum dan salam ceria semua...Hari nie Lynn rasa macam bosan semacam jer...Huhuhuhu...Nie baru 16 hari cuti bersalin...Macam mana la nak menghadapi 74 hari baki cuti bersalin tu ek...Alahai...Nasib baik arr ada internet dan boleh juga la sekali sekala buka Facebook dan update blog...

Erm, daripada Lynn merapu tak tentu arah better straight to the point la yer...Lynn sebenarnya nak tanya kat korang semua yang pernah berpantang bersalin operation...Korang makan apa jer waktu berpantang ek?  Selama 15 hari yang dah berlalu nie Lynn makan ikan parang panggang, ikan haruan masak singgang, sup ikan haruan...Selain tu Lynn makan sayur sawi + lobak putih masak bening...Yang tu untuk banyakkan susu badan la...

Lynn makan juga roti dan minum susu, nestum dan milo setiap hari...Dan Lynn juga lebihkan minum air suam...Dengan harapan susu badan banyak dan cukup untuk keperluan Qaleesya...Cuma sekarang nie Lynn dah boring makan ikan la...Erm, boleh tak Lynn makan daging ataupun ayam ek?  Kalau Lynn makan ada effect gatal-gatal tak kat luka operation Lynn tu...Please kawan-kawan yang ada pengalaman...Share sket menu berpantang korang dengan Lynn...