May 22, 2011

Membuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie Lynn nak share dengan korang satu email yang Lynn dapat dari salah seorang officer Lynn kat LPP Johor nie...Email nie tentang Membuka Pintu Rezeki...

Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah pernah berkata...

" Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)...Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi...

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith antaranya:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh....Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah S.W.T.
Jadi marilah kita bersama-sama sentiasa membacakan Al-Fatihah setiap hari untuk disedekahkan kepada ibu bapa kita...Semoga dengan amalan yang kita lakukan ini ALLAH S.W.T kurniakan rezeki buat kita sekeluarga...Dan kena ingat tu...Rezeki bukan lah semata-mata duit dan kekayaan tapi rezeki boleh datang dalam bentuk nikamt yang lain seperti makanan, kasih sayang, kesihatan, zuriat dan sebagainya...

Lynn just share jer dengan korang...Terpulanglah pada korang nak amalkan atau tidak...Sharing is caring...Okey la yer...Take care semua...