May 3, 2011

Its Already Mei

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca blog Lynn nie...Syukur alhamdulillah hari nie Lynn dan keluarga sihat walafiat...Sekejap jer masa berlalu...Dah nak masuk setengah tahun 2011 kan...Dan sekarang nie pun dah masuk bulan Mei...Sedar atau tidak next month Lynn dan keluarga akan menerima ahli keluarga baru...Dan debaran pun sudah mula Lynn rasai...Nak menghadapi saat-saat kelahiran cahaya mata yang kedua nie...Mudah-mudahan Lynn bersedia fizikal dan mental dan segalanya dipermudahkan ALLAH S.W.T...

Sepanjang bulan Mei ini rasanya ada beberapa tarikh penting yang perlu kita ingat...Dimulakan dengan Hari Ibu yang mana sambutannya di Malaysia pada 8 Mei 2011...Pengorbanan seorang ibu dah tentu la tidak ternilai dengan harta benda dan wang ringgit...Terlalu banyak pengorbanan yang telah ibu kita lakukan...Malah bila diri sendiri dah pegang title Ibu nie maka sedikit sebanyak pengorbanan yang ibu kita buat dulu kita dapat rasa...Betul tak? 

Dan pada bulan Mei nie juga kita semua menghargai pengorbanan guru-guru kita...Hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun merupakan salah satu cara anak murid nak menghargai pengorbanan dan jerih payah seorang guru mengajar dan memberikan ilmu...Didikan dari seorang guru bermula sejak usia kita masih muda lagi...Dari tidak tahu mengenal huruf sehingga la kita berjaya ke menara gading...

Korang sambut tak kedua-dua tarikh yang penting nie? Meh share sket dengan Lynn...