May 16, 2011

Happy Teachers Day

Asssalamualaikum dan salam sejahtera...Apa khabar semuanya?  Syukur kitorang sekeluarga sihat-sihat sajer...Korang kerja tak hari nie?  Erm, Lynn dah tentu la kerja...Walaupun esok cuti Hari Wesak tapi hari nie Lynn tetap kerja sebab Qistina pun nak kena gie Tadika hari nie...Lebih-lebih lagi bila hari nie Qistina ada program sempena Teachers Day kat tadika dia...

Tahun nie tahun kedua Qistina sambut Teachers Day...Rasanya tahun nie tak der la program macam tahun lepas...Tapi Teacher Fatimah ada bagi surat pada parents untuk sediakan goodies...Jadi malam tadi kitorang pun pergi la beli something untuk diberikan kepada Tadika Ixora Ria...Mr. Hubby ada juga bercadang nak belikan cake tapi sebab dah last minute maka x jadi la beli cake...

Erm, okey la...Sempena sambutan Hari Guru yang disambut 16 Mei setiap tahun, Lynn nak ambil kesempatan nie untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-gura yang pernah mendidik Lynn di Sek. Ren. Keb. Convent Sentul (2), Kuala Lumpur, Sek. Men. Puteri Wilayah, Kuala Lumpur dan Sek. Men. Keb. Seri Garing, Rawang...

Juga untuk para pendidik yang mendidik Mr. Hubby di Sek. Ren. Keb. Simpang Durian dan Sek. Men. Keb. Triang Hilir...Dan para teachers yang mengajar anak kesayangan kami di Tadika Ixora Ria...Terima kasih di atas jasa baik semua guru-guru yang telah mendidik kami bertiga...Terima kasih di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang usaha mendidik kami terutamanya Lynn dan Mr. Hubby...

Untuk Qistina mungkin masih terlalu awal tapi pendedahan dan pendidikan yang diberikan oleh teachers di Tadika Ixora Ria sedikit sebanyak dapat memberikan impact yang baik untuk masa depan anak dara kesayangan kami tu...Terima kasih cikgu-cikgu semua di atas segala-galanya...Pengorbanan dan jasa anda semua akan kami kenang hingga ke akhir hayat...