May 23, 2011

First Day Mid Year Assessment Untuk Qistina

Assalamualaikum dan salam ceria untuk korang semua...Apa khabar semuanya hari nie?  Lynn doakan korang semua sihat-sihat belaka la yer...Syukur alhamdulillah Lynn sekeluarga sihat...Merah-merah di kaki Qistina pun nampaknya dah nak beransur baik...Syukur sangat pada ALLAH S.W.T...

Untuk pengetahuan korang semua, hari nie merupakan hari pertama Mid Year Assessment untuk Qistina di Tadika Ixora Ria...Setiap kali dia nak exam memang arr Lynn yang gelabah lebih...Huhuhuhuh...Jadual exam dia dan macam jadual exam budak darjah 1 tau...Semua subject ada...

23 Mei 2011 - English & Science
24 Mei 2011 - Bahasa Melayu & Pendidikan Islam
25 Mei 2011 - Mathematics & Arabic/Mandarin 
26 Mei 2011 - Spelling/Smart Reading & Ejaan/Smart Bacaan 
27 Mei 2011 - Art&Craft & Indoor/Outdoor Activity

Haaaaa...Itu la jadual exam dia...Kalau tak silap Lynn UPSR pun just ada 5 subject kan...Hehehehehe...Mengalahkan budak sekolah rendah nie...Erm, tak per la...Exam dia bukanlah tahap hard core pun...Dari pengalaman last year, Lynn tengok exam dia lebih kepada bentuk pemahaman...


Walau apa pun Lynn dan Mr. Hubby sentiasa mendoakan anak kesayangan kitorang berdua nie dapat buat yang terbaik dalam Mid Year Assessment dia...Semoga Qistina dapat result yang cemerlang la yer...Mama dan Papa sentiasa doakan Qistina...Qistina jangan hampakan Mama dan Papa yer...Mama dan Papa sentiasa sayangkan Qistina...Muaaahhhhhhhsssss...