April 15, 2011

::Rezeki Itu Datangnya Dari ALLAH S.W.T::

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...Baik kawan-kawan blogger, para follower dan juga silent reader yang setia membaca setiap entry di blog Lynn nie...Syukur sangat-sangat sebab Lynn sekeluarga sihat-sihat adanya...Macam mana plak dengan korang semua?  Harapan Lynn semuanya baik-baik belaka la yer...

Hari nie dah pun hari Jumaat...Memang sekejap jer masa berlalu...Usia kandungan Lynn pun dah masuk 29 minggu...Dan sekarang Lynn dah masuk ke trimester yang ketiga...Tinggal beberapa minggu jer lagi kami sekeluarga akan menerima ahli keluarga baru...Rasa tak sabar betul nak menunggu kelahiran anak kecil ini...Sangat teruja seperti mana menantikan kelahiran Qistina pada tahun 2007 yang lepas...



Bagi Lynn dan Mr. Hubby rezeki mendapat zuriat merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya dari ALLAH S.W.T...Waktu Lynn dan Mr. Hubby mula berkahwin dulu, Lynn hanya disahkan mengandung setelah 7 bulan bernikah dengan Mr. Hubby...Ambil masa yang agak lama juga sebab ada yang nikah kemudian daripada kami dah pun disahkan mengandung...Jadi perasaan hiba dan sedih selalu jer bertandang kat diri Lynn nie...Emosi sentiasa terganggu tapi bila dah tahu pregnant tu memang rasa bersyukur sangat...

Kelahiran Nur Qistina Farzana melengkapkan lagi kehidupan kami suami isteri...Seawal usianya sebulan lebih Lynn dan Mr. Hubby dah buat majlis aqiqah dan potong jambul...Memang rasa seronok sangat la dapat zuriat sendiri...Kami membesarkan Qistina dengan sendirinya...Hantar ke rumah mak cik Lynn sementara kami bekerja dan pada usianya 2 tahun lebih kitorang tekad untuk masukkan dia ke Tadika Ixora Ria...Kebetulan tadika tu berdekatan dengan rumah...Jadi ia agak menyenangkan buat Lynn dan Mr. Hubby...

Sepanjang tahun lepas Lynn dan Mr. Hubby berusaha untuk mendapatkan seorang lagi zuriat...Tapi ALLAH S.W.T tidak mengizinkan...Lynn hanya disahkan mengandung pada bulan Oktober 2010...Rasanya jauh juga jarak Qistina dengan adiknya yang bakal lahir pada Jun nie...Kalau ikut due, Qistina akan menerima adik sewaktu lagi 3 hari ulang tahun kelahirannya yang ke4...Haaa...Kan jauh tu jaraknya...Dah nak masuk 4 tahun baru la dapat adik...

Bagi kami berdua semua ini adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T...Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu sebab dan alasan kenapa sesuatu itu berlaku...Jadi kita sebagai umatNya seharusnya bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditetapkanNya...Begitulah juga dalam cerita mendapatkan zuriat nie...Ada suami isteri yang dah berkahwin betahun-tahun tapi sehingga kini masih tidak memperolehi zuriat...Ada juga yang baru jer mendapat zuriat dan masih lagi kecil tapi telah diberi peluang untuk mengandung lagi...

Rezeki yang diberikan oleh ALLAH S.W.T tidak datang tanpa sebab...ALLAH S.W.T itu maha mengetahui dan Insyaallah segala-galanya akan dipermudahkan ALLAH S.W.T...Kita kena hanya selalu berdoa dan bertawakal agar ALLAH S.W.T dapat memberikan yang terbaik buat diri kita dan keluarga...Insyaallah...