April 12, 2011

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara

Assalamualaikum semua...Hari nie Lynn ada terbaca satu petua dari Facebook tau...Dari Ensaiklopedia Petua Melayu Lama...Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara...Memang arr sangat berguna dan boleh diamalkan nie...Jadi Lynn nak share la kat sini...

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara...
  1. Selepas Solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan Surah Al Waqiah ayat 35 - 38 sebanyak 7 kali...
  2. Tiup dalam air dan minum...
  3. Niat di dalam hati untuk menjada kecantikan dan kebahagiaan rumahtangga...
Makna Ayat 35 - 38 Surah Al Waqiah...
Ayat 35 - Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 
Ayat 36 - Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Ayat 37 - Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
Ayat 38 - (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Jadi untuk semua para isteri dan ibu-ibu...Apa kata kita amalkan petua nie...Semoga kita semua mendapat manfaat darinya...Insyaallah...