April 28, 2011

Dan Sebenarnya...

Berbalik kepada entry pagi tadi...Tentu ada di antara korang tertanya-tanya kenapa Lynn MC 2 hari kan...Huhuhuhuhu...Sebenarnya Lynn demam dan kesakitan yang amat sangat kerana GIGI BONGSU...Alahai...Kenapa la boleh jadi macam nie...Di saat tengah sarat mengandung plak tu...


Sebenarnya Lynn dah mula rasa sakit hari Isnin lagi...Disebabkan hari Isnin tu Mr. Hubby outstation ke KL jadi Lynn nie buat tak tahu jer la dengan sakit tu...Padahal gusi dah start membengkak dah...Malam tu bila Mr. Hubby dah balik dia ada juga mengajak ke klinik...Tapi Lynn cakap nanti dulu...Tindakan Lynn yang bertangguh ke klinik tu menyebabkan Lynn tak boleh tidur malam tu dan terus dilanda demam...Huhuhuhuhuh...

Jadi pagi-pagi Selasa tu Lynn dah start la beremosi sana sini sampaikan Mr. Hubby pun naik geram...Sebab Mr. Hubby dah puas mengajak gie klinik malam sebelumnya tapi Lynn nie degil...Qistina pun naik bingung tengok Mama dia duk beremosi dan nangis pagi2 buta tu...Tapi memang sakit sungguh dan pipi kanan Lynn nie dah bengkak sebelah dah pagi Selasa tu...

Maka Mr. Hubby pun minta la izin dengan boss dia dan bawa Lynn ke Klinik Siti Fatimah pagi Selasa tu...Klinik buka jam 9.00 pagi tapi kul 8.15 kitorang dah terpacak kat depan klinik...Bila tengok pintu klinik masih tertutup, Mr. Hubby ajak Lynn gie sarapan...Huwaaargggggghhh...Sangat tension okey sebab tak leh nak kunyah apa pun...Walaupun masih boleh mengunyah di sebelah kiri tapi Lynn x boleh nak buka mulut sangat...Sudahnya roti telur yang Lynn order tu tak habis pun...

Bila dah jumpa doktor maka Lynn dapat la MC 2 hari untuk hari Selasa dan Rabu...Doktor suruh rest kat rumah dan kalau boleh dia nak bengkak kat gusi tu susut sebab takut nanti demam Lynn melarat...Syukur alhamdulillah dah 3 kali makan ubat baru la terasa lega sket...Gusi dah kurang bengkak dan pipi pun tak ler tembam sebelah...Melalui pembacaan Lynn di Info Sihat, Gigi Bongsu adalah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Gigi Bongsu yang terimpak boleh menyebabkan kesakitan, jangkitan, kebengkakan, penyakit gusi, nafas berbau, kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan dan kesukaran membuka mulut...Ha...Tengok tu...Semuanya Lynn alami sepanjang sakit gigi...Huhuhu...Seksa rasanya...Dicadangkan supaya gigi bongsu tu dicabut jer supaya boleh elakkan kesakitan yang berulang macam nie...Tapi kalau Lynn nak cabut pun biarlah lepas bersalin nanti...Tak sanggup nak cabut sekarang tau...Tak pasal-pasal kang bersalin doktor gigi plak yang sambut...Huhuhuhuhu...

Jadi untuk korang semua...Make sure masalah gigi bongsu nie tak dialami oleh korang yer...Kalau ada masa pergi la check gigi korang dan kalau doktor sarankan untuk cabut gigi bongsu tu korang cabut la...Tak nak nanti korang plak sakit macam Lynn...