April 1, 2011

Dah April Dah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Syukur alhamdulillah hari nie masih lagi kita berkesempatan hidup di muka bumi ALLAH S.W.T. ini...Dan hari nie juga merupakan hari pertama dalam bulan April 2011...Sekejap jer masa berlalu...Dah pun masuk suku kedua tahun 2011 nie kan...Rasanya macam baru semalam munculnya tahun baru 2011...

So macam mana dengan azam dan wishlist korang sepanjang tahun 2011 nie...Ada yang dah tercapai ker?  Bagi diri Lynn secara peribadinya hanya satu jer yang baru tercapai...Impian untuk memiliki peti ais baru 2 pintu...Haaa...Yang tu dah tercapai pada bulan Februari lepas...Peti ais biasa-biasa jer...Tak ler semewah macam peti ais kat bawah nie...
 

Kalau la dapat peti ais secun macam kat atas tu memang happy sokmo la Lynn...Mau tidur sebelah peti ais agaknya seminggu...Hahahahaha...Tapi yang mampu untuk dimiliki hanya la peti ais 2 pintu yang biasa jer dan banyak jasanya untuk Lynn sekeluarga...Dan harapnya setelah mendapat baby nanti lagi bertambah la jasa peti ais tersebut sebagai salah satu tempat untuk storage EBM untuk baby...Insyaallah...

Impian Lynn dan Mr. Hubby untuk menambah ahli keluarga juga akan tercapai dengan kelahiran cahaya mata kami yang kedua insyaallah pada bulan Jun 2011 nie...Mengimpikan seorang anak yang cukup sempurna dan sihat fizikal dan mental merupakan impian yang sungguh tinggi buat diri kami berdua...Tak sabar rasanya nak menimang cahaya mata kedua kami...Dan lately nie Mr. Hubby pun dah sibuk mengajak shopping barang keperluan baby yang masih belum dibeli...Asal jumpa jer kedai baby sure Mr. Hubby akan spend duit untuk persiapan dan kelengkapan baby kami...


Azam dan wishlist lain yang masih belum dicapai untuk tahun 2011 nie Lynn harap sangat Lynn dapat capai sebelum habis tahun 2011...Antaranya impian untuk memasuki Universal Studio Singapore...


 

Feedback dari rakan-rakan yang pergi ke USS nie memang sangat menyeronokkan...Tak dapat nak jejak kaki ke Disneyland tapi dapat pergi ke USS dulu pun jadi la...Dan jarak antara JB dan Singapore bukan la jauh mana pun...Cuma masa dan keadaan jer yang belum mengizinkan lagi...Dan cadangan untuk menjejakkan kaki di USS nie maybe tercapai pada hujung tahun nanti...Bila baby dah lahir dan boleh dibawa berjalan...Baru la seronok sket kan...Hehehehe...

So macam mana plak dengan korang semua? Ada yang dah tercapai atau masih belum lagi...Walau apa pun, kita masih mempunyai masa dalam 8 bulan untuk melengkapkan segala azam dan wishlist yang kita impikan untuk tahun 2011 nie...Berusahalah bersungguh-sungguh dan insyaallah berkat dari usaha yang kita buat pasti akan membuahkan kejayaan dan hasil yang kita impikan...Insyaallah...