March 14, 2011

Pendarahan Semasa Kehamilan

Untuk pengetahuan korang semua, Lynn memang mengalami masalah pendarahan semasa mengandungkan anak kedua nie...Dari mula preggy sehingga la usia kehamilan sekarang nie nak masuk ke minggu ke25...Walaupun pendarahan yang Lynn alami nie hanya sekali sekala dan tak ler banyak macam darah period tu tapi setiap kali ia berlaku sure Lynn akan risau...

Lynn tak tahu di mana silapnya perlakuan dan perbuatan Lynn sehinggakan pendarahan nie berlaku...Setiap kali pendarahan berlaku sure Mr. Hubby akan bawa Lynn ke klinik...Scan dan tanya doktor apa yang telah berlaku...Setiap kali scan doktor akan memberikan reaksi positif...Baby dalam kandungan Lynn aktif dan membesar mengikut minggu...

Tapi...Setiap kali doktor cek kedudukan uri, doktor akan inform pada Lynn yang kedudukan uri Lynn di tepi...Untuk yang mereka yang normal kedudukan uri berada di atas tapi uri Lynn pula di tepi...Dan ekor uri Lynn tu terletak di bawah tetapi tidak la menutupi jalan...Lynn memang worried giler tau...Sebab waktu mengandungkan Qistina dulu memang Lynn alami masalah uri kat bawah nie...Walaupun tak serius dan uri tersebut naik semula tapi semua nie buatkan  Lynn gundah gelana...

Huhuhuhu...Lynn dah tak tahu nak buat apa dah...Korang ada tak petua yang boleh Lynn amalkan supaya pendarahan nie tak berlarutan dan naikkan uri Lynn ke atas...Lynn tak nak la nanti kena tahan dekat ward lama giler sehingga menunggukan masa untuk bersalin...Huhuhuhu...Tak sanggup la...Lebih2 lagi bila dah ada anak dan suami yang perlu diuruskan...Belum lagi fikirkan tentang kerja-kerja di pejabat...

Please yer korang semua...Share la sedikit tips atau petua untuk elakkan pendarahan nie berlaku lagi dan nak sangat kedudukan uri ni di tempat yang sepatutnya...Disebabkan masalah nie terjadi Lynn tak jadi la nak ikut Mr. Hubby ke Putrajaya esok...Lynn ingat nak amek cuti dan berehat jer kat rumah...