February 1, 2011

Confius Nie

Hari tu Lynn ada tanya korang tentang Bukit Gambang Resort City kan...Ingatnya nak pergi ke sana cuti Raya Cina nie...Tapi sejak hujan turun dari Jumaat lepas dan berlarutan hingga ke minggu nie...Kitorang rasa macam x okey jer nak ke sana...

Korang rasa kat area Perak, Penang, Kedah dan Perlis hujan tak macam kat Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang nie?  Sebab kalau nak berjalan dengan family nie biarlah tak hujan kan...Sebab susah sket la berjalan dalam hujan nie...Risaukan budak2 demam jer nanti...Orang tua demam pun susah juga kan...Dah tak syok plak nak gie jalan-jalan...

Sekarang nie nak tanya korang sket...Bukit Merah Lake Town Resort dengan Lost World Of Tambun...Which one yang okey? Please share sket info tentang kedua-dua tempat tu dengan Lynn...Ataupun kitorang leh terus jer ke Penang...Rasanya family in law Lynn belum pernah berjalan ke Penang tu...So apa pendapat korang?