January 10, 2011

Tahniah Ana Raffali

Morning semua...Pagi nie dah tentu ramai yang update pasal AJL malam tadi...Lynn pun nak update juga tentang AJL malam tadi...Lynn tonton AJL dari mula sampai la habis tapi entah macam mana boleh plak terlelap sekejap...Terlepas nak tengok 3 persembahan terakhir dari Stacy, Hujan & Faizal Tahir...Huhuhuhuhu...Sabar jer la...Tak dapat tengok persembahan Faizal Tahir yang menang persembahan terbaik tu...


Tapi bila Ziana Zain dan Dato' Siti buat performance boleh plak terjaga balik tu...Memang superb la persembahan dari 2 diva tu...Memang memuaskan hati Lynn...Dan persembahan dari Dato' Siti malam tadi membuatkan Lynn nie pun nak berjoget sama...Hahahahahaha...Tak pasal-pasal jer kecohs plak satu rumah nanti sebab Lynn berjoget ala-ala Dato' Siti...Dah la tengah preggy kan...Entah macam mana la gayanya tu...Tentu la buruk sungguh...

Anyway tahniah la untuk Ana Raffali yang mengondol juara AJL malam tadi...Lynn tak berapa tahu sangat tentang lagi Tolong Ingatkan Aku tu...Tapi kat sini Lynn tepek sekali lirik lagu tu untuk korang semua tengok...


Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali 

Jangan disusun kata-kata penamat 
Jangan disebut baris ayat keramat 
Biar lenyap diserap sunyi 
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku 
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima 
Biar luka sembuh sendiri 
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku 
Kisah kau tersedar 
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku 
Setiap detik jantungku bberdetak 
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa 
Aku lupa

Tolong ingatkan aku 
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu 
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita 
Tolong ingatkan aku 
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku 
Kisah kita

Tahniah juga untuk Meet Uncle Hussain + Black, Hafiz, dan Faizal Tahir...Semua yang menang memang very talented dan lagu-lagu yang dipertandingkan pun bagus-bagus...Tahniah untuk semua...

P/S : Syok la Ana Raffali sebab hadiah wang tunai tu milik dia semuanya...Sebab dia la pencipta lagu dan penulis lirik...Dan juga penyanyi untuk lagu tersebut...Tuah badan la...