January 24, 2011

Selagi Tak Tahu Keputusan

Salam pagi Isnin untuk semua kawan-kawan blogger...Lynn doakan korang semua sihat yer...Hari nie dan sepanjang minggu ini pastinya membuatkan diri Lynn dan Mr. Hubby berdebar-debar...Keputusan tentang rayuan penempatan Mr. Hubby masih belum diketahui lagi...Huhuhuhuh...

Tergerak hati Lynn nie nak bertanyakan pada LPP KL berkenaan perkara nie...Tapi tunggu la tengahari sket...Last week LPP KL ada maklumkan pada Lynn sekiranya Mr. Hubby terpaksa juga ke Selangor, Lynn akan ditukarkan juga tapi bukan ke Selangor...Ke LPP KL...Kalau betul la perkara nie terjadi...Kehidupan kitorang akan bermula daripada bawah semula...

Macam mula-mula masuk kerja...Nak kena cari rumah, nak kena arrangekan perjalanan ke tempat kerja, nak cari pengasuh atau school baru untuk Qistina...Huhuhuhuh...Pastinya semua tu membuatkan life kitorang akan kelam kabut sket pada mulanya...Tapi selagi keputusan tentang rayuan penempatan Mr. Hubby nie tak diketahui lagi keputusannya selagi itu la kami berdua akan terus berharap dan berdoa...

Kami memang berharap agar Mr. Hubby dapat dikekalkan di negeri Johor nie...Sebabnya kitorang dah beli rumah pun kat sini...Life pun dah stabil dan sekiranya berpindah memang agak bercelaru la...Macam-macam yang nak difikirkan...Semoga ada rezeki buat kami untuk terus stay di negeri Johor nie...Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan memberi hikmah di atas segala yang terjadi...Insyaallah...