January 12, 2011

Playhouse Disney

Morning semua...Sihat tak?
Semalam Lynn tak dapat nak berjalan-jalan ke blog korang semua...Almaklumlah Johor kan cuti...Jadi Lynn dan Mr. Hubby berhempas pulas la membersihkan rumah dan dapur...Kitorang nie walaupun bercuti pada hujung minggu memang jarang sangat la dapat stay kat rumah...Ada jer program yang nak dibuat bila tiba weekend nie...Huhuhuhu...Jadi bila Johor cuti semalam maka kitorang berdua memulakan operasi mengemas rumah la...Darling Qistina plak tukang tengok tv melayankan Channel Playhouse Disney dia...


Qistina kalau dah mengadap channel nie jangan harap la kitorang nak merasa tengok channel lain...Tapi cartoon-cartoon dalam channel nie semuanya membina minda budak-budak la...Ada Mickey Mouse Clubhouse, Handy Manny, Little Einstein dan macam-macam lagi...


 

 Dan paling terbaru Qistina meminati cartoon Word World...Word World nie memang best dan Lynn sendiri teruja melihat cartoon nie tau...Ada activity mengeja setiap kali cartoon nie ditayangkan...Contohnya kalau ejaan BELL tu...Watak-watak dalam cartoon nie akan mention huruf tu satu persatu dan bila dah lengkap jer semua huruf tu dan semua 4 huruf tu akan bercantum rapat dan bertukar menjadi loceng...Dan pada loceng tu masih ada lagi perkataan BELL tu...Memang salah satu cara untuk menarik minat anak-anak kecil untuk belajar mengeja...


Dan semalam kitorang sempat berkunjung ke Kedai Buku Harris di Tebrau City...Duk melepak kat dalam kedai buku tu nak dekat 1 jam...Pergi ke satu section dan ke section yang lain...Tapi yang lamanya dekat tempat kanak-kanak la...Belikan dia buku coloring Princess dan beberapa buku menulis huruf ABC...Selain tu, Lynn dan Mr. Hubby offer dia untuk beli VCD/DVD Education...Jadi dia pilih untuk beli VCD Word World...Dia yang pilih sendiri dan kalau boleh dia nak amek 3 VCD tu...Tapi tak dilayankan pun...Cukup la beli satu dulu...Nanti-nanti beli lagi...

Cukup dulu story tentang Playhouse Disney nie...Lynn ada beberapa citer yang menarik lagi nak share dengan korang...Tapi nanti-nanti Lynn update yer...Take care semua...