January 21, 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua kawan-kawan Lynn di alam maya nie...Syukur kerana Lynn dan keluarga masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi ALLAH S.W.T nie...Lynn dan keluarga juga doakan korang semua sihat-sihat sokmo yer...

Pagi nie Lynn nak meluahkan sket apa yang terjadi dalam kehidupan kitorang sekeluarga dalam masa 2 hari nie...Syukur alhamdulillah Mr. Hubby dinaikkan pangkat ke gred yang lebih baik...Lynn dah tengok surat tawaran daripada LPP KL pada hari Rabu lepas...Tapi Mr. Hubby ditempatkan di Negeri Selangor...Which part of negeri Selangor Lynn tak pasti...Mr. Hubby dikehendaki bertukar ke sana pada 1 Februari 2011 nie...Suntuk sangat masa yang diberikan oleh LPP KL...

Walaupun bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan, Lynn tertanya-tanya kenapa LPP KL menukarkan Mr. Hubby ke Selangor tetapi tidak terfikirkah mereka tentang kewujudan Lynn yang bekerja di negeri Johor nie...Kenapa tiada surat arahan pertukaran untuk Lynn sebab selalunya bila suami bertukar dah tentu isteri pun ikut sekali bertukar...Lynn dan Mr. Hubby dah pun menelefon pegawai atasan di LPP KL untuk memohon agar penempatan Mr. Hubby di kekalkan sahaja di negeri Johor...

Malah boss Mr. Hubby pun berat hati nak lepaskan Mr. Hubby kerana projek ternakan kolam ikan marin yang Mr. Hubby uruskan masih belum di tahap memberangsangkan dan rancangan jangka panjang untuk membangunkan projek tersebut telah pun dirangka oleh Mr. Hubby dan bossnya...Sekiranya Mr. Hubby bertukar juga ke Selangor nampak gayanya ada wujudlah ketempangan pada projek tersebut...Nak melatih pegawai-pegawai baru bukan la senang sebab kerja di projek tersebut perlukan pengorbanan dan keikhlasan yang sangat tinggi...

Untuk jawatan Lynn rasanya tak pasti adakah orang yang nak menggantikan kedudukan Lynn di negeri Johor nie...Di LPP KL rasanya tak ada Setiausaha Pejabat yang berasal dari negeri Johor nie...Dan kebanyakkan daripada mereka semuanya staff yang senior dan dah tentu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga...Lynn tak pasti pegawai perjawatan di LPP KL dapat menguruskan pertukaran Lynn ke LPP KL atau LPP Selangor secepat ini...

Tapi Lynn dan Mr. Hubby akur dan pasti yang ALLAH S.W.T mendengar rintihan dan rayuan daripada kami hambaNya...Semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku...