January 25, 2011

Baru Lepas Ke Klinik

Tengahari tadi Lynn dan Mr. Hubby ke Klinik Siti Fatimah...Sekarang nie kalau nak gie klinik nie kena datang sebelum kul 3.00 petang...Sebab dari pagi hingga kul 3.00 petang doktor yang in charge adalah Doktor Siti Fatimah...Then diorang break dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang...Selepas tu doktor lain plak yang in charge...

Kenapa kitorang gie klinik?  Erm, sebenarnya Mr. Hubby lepas jer dapat tahu dia naik pangkat dan kena ditempatkan ke LPP Selangor, dia rasa x sedap badan...Dan yang makin worst dia start batuk2 dan malam tadi paling ketara la batuknya...Tak tidur lena dibuatnya...Dan Lynn juga terkena tempiasnya sekali...Tak lena tidur Lynn...Sebab Mr. Hubby asyik terjaga jer...Nasib baik la Qistina lena jer tidur...Kalau tak tentu Qistina meragam juga...

Syukur Mr. Hubby cuma batuk biasa dan paru-paru Mr. Hubby okey...Cuma Mr. Hubby nie kalau batuk memang lambat sket nak sembuh...Mudah-mudahan lepas makan ubat nanti kesihatan Mr. Hubby semakin pulih la yer...

Sementara dah berada di klinik Lynn pun minta Doktor Siti Fatimah check up sekali Lynn...Mengandung kali nie selalu sangat ada tompokan darah keluar...Setiap minggu mesti ada sekali atau dua kali terjadi macam tu...Bila Lynn mengadu pada doktor tentang situasi tu maka doktor pun scan la perut Lynn...Rupanya ekor uri kandungan masih berada di bawah dan disebabkan baby aktif maka tendangan kaki dan pergerakan baby boleh menyebabkan ada tompokan darah keluar...

Scan kali nie doktor lebih detail dan penerangan doktor pun panjang lebar...Siap bagitahu kedudukan uri dan kepala baby kat mana...Kata doktor uri sekarang berada di sebelah kiri dan kepala baby plak di sebelah kanan...Jadinya bila Lynn tidur mengiring kiri atau kanan maka ada pergerakan kat situ...Jadi tak boleh la nak lasak-lasak sangat tidur...Kena baring macam biasa jer...Huhuhuhu...

Doktor cuba untuk untuk tengok jantina baby tadi tapi tak nampak...Lagipun usia kandungan baru nak masuk 18 minggu kan...Insyaallah bila dah masuk 24 minggu nanti dah boleh nampak kut...Itupun kalau baby tak segan silu nak tunjukkan gender baby la...Tapi tak per la...Lynn dan Mr. Hubby tak kisah dapat baby apa pun...Yang penting sihat dan cukup sempurna sifatnya...