December 6, 2010

Kisah Weekend - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca blog ALL ABOUT US nie...Hari nie korang semua sihat ker? Syukur alhamdulillah Lynn sekeluarga sihat-sihat sokmo...Walaupun Lynn dan Mr. Hubby agak kepenatan disebabkan majlis kenduri di rumah Nenek Lynn di Batu Pahat semalam, hari nie gigihkan juga diri datang ke pejabat...Syukur hari nie Qistina tak meragam nak ke Tadika Ixora Ria...Jadi pagi nie memang okey jer...Tak der la istilah monday blues ker apa...Hehehehehe...

Last saturday niat Lynn nak bawa Qistina, adik-adik Lynn dan beberapa orang sepupu yang cemerlang dalam exam ke Wet World Batu Pahat terlaksana juga...Walaupun hujan renyai-renyai tapi diorang semua having fun sewaktu berada di Wet World...Cuma Lynn tak dapat nak amek gambar sebab Lynn dan Mr. Hubby sibuk duk mengawal 10 orang kanak-kanak + 1 remaja tua (Adik Finaz) riang duk bermandi-manda dan bersuka ria kat Wet World tu...Dan disebabkan hujan renyai-renyai tu malas la pula rasanya nak membawa kamera godang tu ke hulu ke hilir...Takut juga kamera tu nanti kena air hujan atau masuk ke dalam pool...Haru biru dibuatnya nanti...

Ayah dan Ibu Lynn pun ikut juga ke Wet World nie...Tapi diorang duk melepak jer kat kafe sambil makan-makan...Kos yang Lynn tanggung untuk kemasukan seramai 10 orang kanak-kanak + 1 orang remaja tua + 4 orang dewasa yang diukur ikut ketinggian adalah sebanyak RM201.00...Pembayaran tiket masuk adalah berdasarkan kepada ketinggian...Dan disebabkan adik sepupu Lynn nie ramai yang tinggi-tinggi belaka maka sebanyak 11 tiket dewasa yang berharga RM15.00 dikenakan walaupun mereka baru jer belasan tahun...Dan tiket kanak-kanak hanya dikenakan untuk 3 orang sahaja yang berharga RM12.00 setiap satu...

Makcik pakcik Lynn memang arr suka jer bila Lynn cakap nak belanja anak-anak diorang yang berjaya dalam exam pergi Wet World nie...Bagi diri Lynn ini merupakan salah satu cara Lynn memberikan semangat kepada diorang untuk terus belajar dengan lebih rajin lagi...Kalau Lynn belanja makan macam x berapa nak feel sangat la...Sebabnya every day pun kita makan kan...Jadi bila treat diorang macam nie rasa memang seronok sangat la...

Kitorang berada di Wet World sehingga jam 2.00 petang dan balik semula ke rumah Nenek Lynn...Lepas tu Lynn sekeluarga bersama Pak Long dan Pak Cik pergi ke Simpang Renggam untuk uruskan lembu aqiqah...Dan penyembelihan lembu aqiqah tersebut dilaksanakan selepas solat Asar...Lynn memang tak gie tengok pun...Nenek Lynn awal-awal dah pesan jangan pergi tengok dan stay jer kat rumah Pak Itam waktu penyembelihan lembu aqiqah tu...Jadi Lynn dan all the ladies serta Mr. Hubby stay kat rumah Pak Itam menunggu yang lain-lain sambil makan apam balik...Hehehehe...

Dan malam tu juga kitorang sekeluarga bergotong royong mengerjakan daging lembu dan masak lauk pauk yang lain...Menu untuk majlis pada hari Ahad adalah Nasi Briyani...Jadi tukang masak utama untuk majlis nie adalah Pak Long dan Pak Itam...Memang terror diorang berdua nie...Diorang masak Daging masak Kicap, Daging masak Briyani, Nasi Briyani, Kuah Dalca dan Sup Tulang...Yang perempuan just sediakan Ayam masak Merah dan Acar Darat jer...Agak senang la juga kerja orang perempuan kali nie...Hehehehehe...

Cukup la Kisah Weekend - Part 1 nie...Gambar-gambar nanti Lynn upload kat Kisah Weekend - Part 2 plak yer...Sebab kalau masukkan semua sekali kat sini takut panjang berjela plak entry kali nie...Jumpa lagi di next entry yer...