December 29, 2010

Insiden di CALTEX

Salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger yang Lynn sayang...Begitu juga dengan silent reader yang setia membaca blog nie...Tq so much yer sebab korang semua sudi bertandang ke blog Lynn...Tentang entry Lynn petang semalam, Lynn ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka yang memberi komen...Ramai yang memberikan kata2 semangat pada Lynn...Insyaallah Lynn dan keluarga akan kuat menghadapi situasi nie dan kami sekeluarga sentiasa bermohon pada ALLAH S.W.T agar segalanya dipermudahkan dan ada hikmah yang akan muncul di sebalik apa yang terjadi...Insyaallah...

Pagi nie Lynn nak citerkan sket kat korang semua tentang satu insiden yang terjadi pada Mr. Hubby di CALTEX petang semalam...Sebelum Mr. Hubby amek Lynn kat office dia singgah isi minyak kat CALTEX...Dulu Mr. Hubby isi minyak Petronas ataupun Shell tapi sekarang nie dah berlih ke CALTEX plak...Erm, x pasti la plak kenapa...Sedang dia isi minyak, ada seorang lelaki berbangsa India datang berjumpa dengan Mr. Hubby sambil mendokong anaknya...Rasanya usia anak dia dalam setahun lebih...

Gambar ihsan dan Encik Google

Lelaki tu sebenarnya nak isi minyak...Tapi kad kredit dia kena reject...Jadi dia dengan segan silunya dan minta maaf pada Mr. Hubby supaya Mr. Hubby dapat tolong dia...Dia tengah emergency nak ke Singapore dari Muar...Mr. Hubby cakap dengan Lynn waktu tu dia rasa kesian sangat tengok orang tu...Dia pun bagi la RM20.00 kat lelaki tu...Then lelaki tu ucap terima kasih dan terus gie isi minyak...

Waktu Mr. Hubby citerkan hal nie, Lynn tanya pada Mr. Hubby apesal dia bagi duit pada lelaki tu...Tak terfikir ker yang itu mungkin satu penipuan...Sebab Lynn pernah gak dengar situasi nie berlaku pada kawan-kawan Lynn...Tapi orang tu minta duit sebab dompet kena curi...Mr. Hubby just cakap imagine la kalau situasi tu berlaku pada kita...Kad kredit kena reject, cash plak tinggal ciput dalam wallet, nak kuarkan duit kat mesin ATM tapi mesin ATM tak berfungsi...Apa yang boleh kita buat dalam situasi tu...Mungkin kita pun akan buat perkara yang sama macam lelaki tu...

Dan untuk pengetahuan korang lelaki tu minta no handphone Mr. Hubby juga sebab hari nie dia berjanji akan call dan bayar semula duit Mr. Hubby yang sebanyak RM20.00 tu...Tapi Mr. Hubby cakap yang dia x berharap pun lelaki tu bayar sebab dia tolong ikhlas dan sekiranya lelaki tu menipu itu antara dia dengan tuhan...Mr. Hubby pun cakap kalau betul la lelaki tu nak bayar dia just minta lelaki tu top up kan jer handphone dia...Tak nak amek risiko bagi nombor akaun kat lelaki tu...Kang tak pasal2 kes lain plak yang muncul...

Ha...Korang ada tak pengalaman macam nie?  Jom share kat sini...Komen juga apa pendapat korang tentang tindakan Mr. Hubby Lynn tu...Semalam Lynn dah minta izin dengan dia untuk citerkan hal nie kat blog...Dia pun nak tahu juga apa feedback korang semua...Hehehehehe...