November 25, 2010

MAHA dan HPPNK 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua kawan-kawan blogger...Pagi tadi Lynn tak berkesempatan nak update blog sebab banyak kerja dan ada taklimat pementoran pagi tadi di Dewan Kuliah IPP...Jadi masa nak update blog dan blogwalking memang arr terhad sket...Tapi petang nie bila kerja-kerja dah selesai boleh la Lynn update blog nie...

Petang nie Lynn nak share sket dengan korang semua tentang MAHA dan HPPNK 2010...Mesti ada di antara korang yang tahu dan ada juga yang tak pernah dengar tentang MAHA dan HPPNK nie...Tak per...Kat entry nie Lynn akan huraikan serba sedikit tentang MAHA dan HPPNK nie...Ala-ala promosi la kiranya nie...Hehehehehehe...

MAHA ni merupakan singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show dan HPPNK plak singkatan kepada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan...Daripada nama panjang MAHA dan HPPNK nie tentu korang dah agak yang pameran nie segalanya tentang pertanian, penternakan kan...

Program MAHA ini diadakan 2 tahun sekali manakala HPPNK pula diadakan setiap tahun...Dan tahun ini disebabkan HPPNK dan MAHA bergabung maka program ini diadakan selama 10 hari mulai 26 November - 5 Disember 2010...Bertempat di MAEPS, Serdang dan disertai oleh lebih 950 jabatan dan agensi pertanian...


Seperti tahun-tahun yang lalu MAHA dan HPPNK nie memang akan diadakan dengan meriah dan tahun nie rasanya lebih meriah dan penyertaan adalah lebih menggalakkan...Lebih-lebih plak kali nie dibuat waktu musim cuti sekolah...Dah tentu la akan ramai pengunjung yang akan datang ke MAEPS, Serdang nie...

Walaupun pameran nie merupakan pameran pertanian tapi untuk mereka yang tak pernah berkunjung ke MAHA dan HPPNK nie jangan la korang terkejut kalau-kalau duit korang boleh habis beratus-ratus atau lebih kat sini yer...Lynn dah ada pengalaman berhabis duit kat MAHA dan HPPNK nie...Sebab tu la Lynn cakap macam tu...Huhuhuhuhu...Korang leh jumpa banyak sangat barang-barang yang boleh diborong kat sini...Dan salah satu yang best dan akan Lynn beli setiap kali berkunjung ke MAHA adalah ikan pekasam...

Memang sedap la ikan pekasam yang diorang jual kat MAHA nie...Semuanya stok-stok baru la...

Selain daripada shopping2, para ibu bapa yang nak mendedahkan anak-anak mereka dengan binatang-bintang yang mungkin korang x leh nampak kat Zoo boleh tengok dengan lebih jelas kat sini...Dan yang penting sekali nak masuk tengok binatang-binatang nie tak dikenakan bayaran pun...
 Contohnya macam Kambing Jamnapari nie...Memang leh tengok dengan clear la...

Yang nie plak Kambing Boer...Memang tengah famous kat Malaysia sekarang nie...

Ha...Yang nie lagi famous mengalahkan Famous Amos...Ikan hiasan yang dikenali sebagai Ikan Arowana...Memang tengah glamour dan ramai yang buat hiasan kat dalam aquarium nie...

Korang yang berminat juga boleh berkunjung ke Pameran Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...Ada booth LPP, FAMA, MARDI, LKIM, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain lagi...Kat sini korang akan didedahkan dengan lebih detail lagi fungsi-fungsi setiap jabatan dan agensi...Dan kalau korang berkunjung ke booth LPP nanti bolehlah korang tengok Mr. Hubby Lynn bersama dengan benih ikan siakap dia yang berusia 20, 40 dan 60 hari tu...

MAHA dan HPPNK 2010 nie akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak pada 27 November 2010 jam 10.00 pagi...Untuk mereka yang berminat boleh la berkunjung beramai-ramai dengan rombongan masing-masing ke MAHA dan HPPNK 2010 nie...Insyaallah korang yang berkunjung ke MAEPS nie akan mendapat banyak pengalaman yang berguna...

Insyaallah Lynn juga akan berkunjung ke MAHA dan HPPNK nie next week...Mr. Boss dah bagi green light dah tadi untuk gunakan kenderaan pejabat untuk ke MAEPS...Tapi kalau pergi pun balik hari jer...Okey la tu...Untuk keterangan lanjut korang boleh la layari laman web MAHA 2010...