November 24, 2010

Huwargggghhh...Ngantuknya...

Salam pagi Rabu untuk kawan-kawan semua...Hari nie Lynn dan Mr. Hubby memang rasa mengantuk sangat2...Huhuhuhuhu...Kat entry semalam Lynn ada citer ngan korang yang little Qistina demam kan...Semalam petang Teacher Qistina call kitorang suruh bawa Qistina ke klinik...Suhu badan dia tinggi sket...Tapi dah nak dekat kul 6.00 petang juga baru kitorang sampai Tadika Ixora Ria...

Sampai jer kat sana little Qistina tengah duduk borak-borak ngan Teacher Fatimah...Nampak macam sihat jer tapi bila letak tangan kat dahi dia memang terasa la panas sket...Jadi kitorang terus la bawa little Qistina ke Poliklinik Penawar Sri Pulai...Selalunya kitorang akan bawa dia ke Klinik Siti Fatimah tapi bila dah petang sangat dah tentu la Doktor Siti Fatimah tak der kat klinik...Frust jer nanti bila pergi sana...

Lepas jer jumpa doktor, Qistina minta belikan nugget...Jadi kitorang terus la decide untuk dinner jer kat Marrybrown Pekan Francais Pulai...


Dah lama juga kitorang tak gie makan kat Marrybrown nie...Lynn dan Mr. Hubby order Nasi Marrybrown manakala untuk little Qistina kitorang orderkan Nugget Ayam 6 pieces + Small Chicken Porridge...Lynn dan Mr. Hubby habis la makan tapi little Qistina just makan 2 ketul jer Nugget Ayam...Chicken Porridge tu pun dia makan sket jer...Jadi Lynn pun tapau la segala yang tak habis dimakan tu...Mana tahu nanti little Qistina nak makan kat rumah...

Sampai jer kat rumah terus la kitorang berdua mulakan sesi memberi makan ubat pada little Qistina...Aduhai...Punya la susah nak bagi makan ubat...Siap termuntah-muntah...Tapi kena gak bagi sebab kitorang tak nak sakit dia melarat...Dan malam tadi Lynn dan Mr. Hubby bergilir-gilir menjaga little Qistina...Lynn tidur dulu dalam pukul 10.00 malam sehingga jam 12.30 tengah malam...Then Mr. Hubby sambung tidur dan Lynn plak jaga Qistina...Kitorang memang sentiasa letakkan tuala lembab kat dahi dia supaya elakkan suhu badan dia naik balik...

Tapi jam 3.00 pagi tadi kitorang rasa suhu badan dia dah tinggi balik...Jadi kitorang decide untuk letak jer ubat vontot...Dan lepas tu little Qistina terus la jaga dari tidur dan start la minta nak makan nugget...Nasib baik la nugget dia ada lagi 2 ketul...Jadi boleh la juga dia makan sambil duk tengok DVD lagu kanak-kanak dia...Bila ada jer lagu yang dia suka dia boleh plak meloncat-loncat kat atas katil tu dan menari-nari...Huhuhuhuhuhu...Macam orang sihat jer...

Waktu tu peluh memang dah kuar banyak dah...Lebih-lebih lagi kitorang tak on pun kipas kat dalam bilik...Jadi memang berpeluh-peluh la dia...Lynn layankan jer dia tapi Mr. Hubby tidur-tidur ayam...Dah puas dia tengok DVD lagu kanak-kanak tu dia nak pula tengok citer Upin Ipin...Jadi Lynn pasangkan plak citer Geng...


Little Qistina duk melayankan citer tu sampai la jam 4.45 pagi kut...Then Lynn pujuk dia suruh tidur dan syukur dia nak tidur semula...Dan Lynn pun membuta la balik sehingga la jam handphone berbunyi tepat 6.00 pagi...Nak tak nak Lynn kena la bangun dan setengah jam lepas tu Mr. Hubby pun bangun juga...Mata masing-masing sembab jer dan kitorang asyik menguap pagi tadi...Dah nak dekat kul 7.00 pagi baru la kitorang kejutkan Qistina...Suhu badan dia dah okey dan Lynn buatkan dia milo panas...Berselera betul dia makan biskut Jacobs dicecah dengan milo panas tu...

Lynn dan Mr. Hubby berharap sangat la agar fever Qistina berkurangan...Kalau boleh tak nak la fever dia berlarutan kan...Bila anak demam dan tak sihat macam nie kita sebagai mak bapak dah tentu la kecut perut kan...Risau kalau apa-apa yang buruk terjadi...Huhuhuhu...Semoga anak kesayangan Lynn dan Mr. Hubby nie cepat sembuh la yer...