November 24, 2010

Doa Ketika Hamil

Syukur alhamdulillah dah nak masuk pun minggu ke sembilan Lynn mengandungkan anak kedua Lynn...Insyaallah...Tadi Lynn ada berkunjung ke satu blog yang Lynn follow...Ada terpampang kat situ doa semasa hamil dan untuk pengetahuan korang blogger yang kongsikan info nie pun tengah preggy juga...Jadi Lynn dah minta izin dari Ainazliena untuk copy info nie dan letak kat blog Lynn...Doanya adalah seperti di bawah nie...
 
Doa semasa hamil

Ya Allah,
peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

Aminnnn......



Selain daripada tu Ainazliena pun ada share surah-surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung...Jom kawan-kawan yang preggy kita baca sama-sama surah-surah nie...Insyaallah nanti kita akan mendapat manfaat dariNya...Insyaallah...

Surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu