November 23, 2010

Akaun Bank Utk Qistina

Lynn nak tanya sket pendapat kawan-kawan semua...Sebenarnya Lynn dan Mr. Hubby ada terfikir nak buatkan akaun bank untuk Qistina...Qistina sekarang nie cuma ada akaun Tabung Haji jer...

Setiap kali ada duit tabungan sempena hari raya atau apa-apa jer, Lynn dan Mr. Hubby akan masukkan ke dalam akaun Tabung Haji Qistina nie...Tapi Cawangan Tabung Haji nie tak der banyak sangat macam bank-bank lain...Yang ada di Johor Bahru nie adalah di Larkin Perdana dan kat bandar JB...Memang la bercinta nak pergi sana...Boleh juga nak masukkan duit kat pejabat pos atau mana-mana bank yang leh link dengan Tabung Haji tapi tak dapat la nak updatekan buku Tabung Haji anak dara tu...Maka x dapat la nak tengok berapa baki terkini duit Qistina kat buku Tabung Haji tu...

Salah satu tujuan kitorang nak buatkan akaun bank untuk Qistina disebabkan kitorang nak menyenangkan kerja-kerja mentransfer duit ke dalam akaun bank dia nanti...Sekarang nie dah tak payah nak pergi bank dah kalau nak transferkan duit...Just guna perkhidmatan online jer duit dah boleh ditransferkan ke akaun seseorang...Lebih menyenangkan dan menjimatkan masa...

Setakat nie Lynn berkenan dengan Akaun Nuri dari Bank Rakyat dan Junior Savers Account dari CIMB Bank...Akaun Nuri tu memang Lynn dah lama tahu kewujudannya sejak zaman sekolah lagi...Tapi kalau Lynn buat akaun CIMB untuk Qistina pun okey juga sebab Lynn dan Mr. Hubby memang ada akaun CIMB pun...Jadi kalau transfer duit tak ler kena caj kan...

Akaun Nuri kalau nak buka just deposit RM10 jer dah pun boleh buat akaun...Tapi akaun CIMB kena ada RM300 baru boleh buka akaun...Erm, besar juga kan perbezaan amount kat situ...Apa pendapat korang? Nak pilih yang mana yer? Akaun Nuri, Junior Savers dari CIMB atau pun buat akaun kat bank lain...Please bagi komen dan pendapat sket dalam hal nie...Tentu ada di antara korang yang berpengalaman dalam hal-hal macam nie...Lebih2 lagi untuk kawan-kawan blogger yang dah ada ramai anak tu...