October 20, 2010

Al-Fatihah

Tengahari tadi baru jer dapat berita sedih...
Salah seorang senior office di pejabat Lynn meninggal dunia...
Rasa terkejut sangat sebab semalam arwah ada mencari Lynn 
berkaitan urusan pinjaman kebajikan KSK LPP Johor...
Tapi Lynn tak berada di bilik Lynn waktu tu...

Dan tengahari tadi bila dapat berita nie Lynn rasa speechless...
Arwah merupakan seorang senior officer yang sangat berdedikasi 
terhadap kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya...
Dia juga merupakan salah seorang yang terpenting 
di Cawangan Urusan Pendaftar LPP Johor nie...
Selalu juga arwah berkunjung ke bilik Lynn...
Berbual-bual sambil bertukar-tukar pendapat tentang kerja...

Arwah rebah sewaktu memberi ceramah Kursus Mengaktifkan Unit Peladang...
anjuran PPD Muar/Segamat/Ledang di Parit Bunga Muar tengahari tadi...
Sekarang nie jenazah Allahyarham masih lagi berada di Hospital Muar...
Akan dikebumikan di Kampung Seri Paya, PArit Raja, Batu Pahat petang nie..

 Kenangan arwah bersama anaknya Siti Maisarah Tumaran...
Mereka berkongsi tarikh lahir bersama...

Lynn, keluarga dan seluruh warga LPP Negeri Johor mengucapkan takziah
kepada keluarga arwah terutama sekali Siti Maisarah yang bertugas di LPP Kuala Lumpur...
Semoga kalian tabah mengahadapi dugaan ALLAH S.W.T ini...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...
Al-Fatihah...