August 17, 2010

Teringin Sangat-Sangat Nie...

Sejak bermulanya bulan Ramadhan last week...Lynn dan Mr. Hubby telah berusaha untuk mencari sesuatu...Naik jenuh la mencari parking di kawasan yang penuh sesak dengan kereta semata-mata kerana nak makan kuih nie...Memang teringin sangat-sangat nak makan...


Kalau ada yang tak tahu di atas tu adalah gambar Kuih Tako...Thank you En. Google kerana supply gambar yer...Kuih Tako yang kami rasa sedap sangat dijual di Bazaar Ramadhan Taman Universiti...Tapi sehingga ke hari ini kami tak berpeluang nak makan kuih nie...Last sekali Lynn makan Kuih Tako nie waktu Ramadhan tahun lepas...Kuih nie memang tops waktu bulan Ramadhan nie...

Rasanya kitorang dah sampai awal juga di Bazaar Ramadhan Taman Universiti tu tapi kenapa la bila kitorang pergi kat meja akak tengok semuanya dah selesai dikemas...Agaknya pukul berapa la habis akak tu jual Kuih Tako nie yer? Takkan la baru jual 1 jam dah habis kut...Huhuhuhu...Dan disebabkan Kuih Tako yang kitorang nak beli tu sentiasa habis, jadi kitorang pun beli la Popia Basah yang ada kat sebelah meja Kuih Tako tu...


Gerai Popia Basah nie pun sentiasa la ramai orang yang beratur nak beli...Huhuhu...Dan yang menjual Popia Basah nie plak adik-adik yang handsome2 belaka seramai 3 orang...Memang x menang tangan arr...Kedua-dua kuih di atas merupakan kuih kegemaran Lynn & Mr. Hubby...Qistina hanya suka makan Kuih Tako jer...Popia Basah dia tak suka sebab pedas sket...Hehehehe...Korang plak suka makan kuih apa?

P/S : Entry nie membuatkan Lynn rasa lapar...Huhuhuhu...