August 23, 2010

Beef Lasagna

Tadi tengahari Lynn gie Carrefour...Bukan jauh sangat pun Carrefour nie ngan pejabat Lynn...Dalam 200 meter jer...Nak berjalan di bulan puasa nie agak memenatkan la juga...Jadi tadi Lynn tumpang kawan yang kebetulan nak pergi ke Carrefour...

Tujuan Lynn pergi ke Carrefour tu sebab nak beli bahan2 nak buat Beef Lasagna...Mr. Hubby memang suka makan Lasagna nie...Lebih2 lagi yang kat Secret Recipes tu...Lynn mula tergerak hati nak try buat lasagna nie bila Adik Yaty dah jadi Chef Ty masak Lasagna July lepas...Dari tarikh dia publish entry sampai la last week, akhirnya Lynn decide nak try buat Beef Lasagna pada hari nie ...

Gambar nie diambil dari blog Kak Hana...Tq so much pada tuan blog...

Lynn dah usha beberapa blog masakan yang ada buat Beef Lasagna nie...Antara blog2 yang buat resepi nie adalah seperti hanamemories, zachoes, blogresipi dan ramai arr lagi yang buat...Takkan nak mention satu satu kat sini...Hehehehe...Memang arr nampak menyelerakan...Betul tak kawan2 semua...

Gambar nie diambil dari Blog Resipi...Tq so much pada tuan blog...

Jadi hari ini dengan gigihnya Lynn nak cuba untuk memasak Beef Lasagna nie berpandukan kepada resepi yang ada di blog Kak Hana...Sebelum tu kita kena la tengok resepi satu persatu dulu kan...Kena faham betul2 sebelum nak buat nie...

Bahan-bahan yang diperlukan...
  • 8-10 keping kulit lasagna...
Bahan-bahan untuk Sos Daging...
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
Bahan-bahan untuk Sos Putih...
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara...
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket.Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... Sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak letak pun tak mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. Dan last sekali adalah sos putih. Taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang-perangan. Boleh dimakan sejuk atau panas.
Doakan Lynn berjaya untuk buat Beef Lasagna untuk juadah berbuka puasa malam nie yer...Hope sangat la berjaya sebab dah lama x makan lasagna...Korang masak apa hari nie? Mesti special kan...