April 2, 2010

Perginya Seorang Lagi Insan Seni Negara

Al-Fatihah...


Lewat tengah malam tadi negara telah kehilangan seorang lagi insan seni iaitu Arwah Din Beramboi...Agak terkejut bila Lynn dapat tahu tentang berita kematian pelawak negara nie...Bergenang juga air mata nie pagi tadi bila dengar peminat2 arwah menyampaikan salam takziah buat keluarga arwah di Sinar FM...Walaupun Lynn tak mengikuti perkembangan arwah secara detail tapi Lynn suka mendengar komen2 arwah dalam racangan Raja Lawak Musim Ke4 yang baru jer selesai...

Lawak arwah memang spontan dan kita sebagai penonton memang tak kering gusi melihat idea-idea yang dipersembahkannya...Begitu juga dengan rancangan Wuhai Beramboi di Saluran Astro Warna - 132...Kini, kehilangan arwah sangat dirasai dan Lynn rasa antara yang begitu terasa kehilangannya adalah Pak Nil yang merupakan rakan sekonti arwah di Era FM...Pagi tadi waktu Lynn tukar channel radio tak kedengaran pun suara Pak Nil di Era Fm...

Jadi di kesempatan yang ada nie Lynn dan keluarga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi...Semoga isteri, anak2 arwah serta ahli keluarga tabah menghadapi dugaan dan sentiasa berdoa agar roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Al-Fatihah...

4 comments:

~ thalhazlin ~ said...

al- fatihah..

mochachichifinaz said...

tao ta pew...
alfatihah..
semoga roh nya dcucuri rahmat..

SJB said...

RIP Din Beramboi.

namakusuraya said...

sekejap je bila Allah nak ambil kita kan.. dalam sihat dalam ketawa.. tetiba hilang..