March 3, 2010

Kerja-Kerja Pembersihan

Hari nie pukul 11.00 pagi Lynn dah selesai melakukan tugas-tugas hakiki Lynn di pejabat...Kerja sebagai PA nie tak la susah mana pun...Kalau korang nak tahu kerja Lynn kat pejabat adalah merekod surat keluar & masuk, rekod cek, rekod terimaan faksimili, taip surat @ laporan SULIT, menguruskan itenarary boss Lynn dan buat kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa...Tak sibuk mana pun...

Bila kerja dah selesai Lynn terfikir-fikir apa la yang Lynn nak buat sepanjang hari nie sambil nak menunggukan Mr. Hubby amek kul 6.00 petang nanti...Erm...Kalau dulu Lynn boleh jer nak menghabiskan masa dengan check e-mail, godek2 FB, chat kat SKYPE tapi sejak akhir2 nie dah rasa macam x seronok buat semua tu kat pejabat...Agak tension yer bila memikirkan kebebasan untuk melakukan semua tu agak terbatas...Huhuhu...Owh yer...Entry nie Lynn post menggunakan My Celcom Broadband okey...Dah tak kuasa nak menggunakan line internet pejabat...Sebabnyer?  Biarlah Rahsia ibarat lagu Dato' CT...

Jadi untuk tidak membuang masa dan menyakitkan hati, Lynn melakukan kerja-kerja pembersihan di bilik Lynn...Hari nie sebakul lagi kertas2 yang tak berkenaan dan agak sampah sarap telah Lynn humbankan ke dalam tong sampah...Amek kau...Sebagai mana sakitnyer hati Lynn macam tu la Lynn koyakkan kertas2 tu menjadi cebisan2 kecil untuk dilemparkan dalam tong sampah...Dalam pada yang sama Lynn rasa lega sket...Lynn dah boleh tersenyum dan mendengar lagu2 kegemaran Lynn...Okey arr tu...

Hari nie lepas waktu pejabat Lynn nak ajak Mr. Hubby & Lovely Qistina gie beli perhiasan untuk diletakkan di dalam bilik Lynn kat pejabat nie...Nak melawa-lawakan bilik Lynn supaya Lynn ada mood nak gie kerja, ada mood nak buat kerja...Warna apa ek yang best yang boleh menyejukkan mata...Jadi kalau ada problem ker kat pejabat nie tak la Lynn susah sangat nak cool kan diri...Duk menyendiri dalam bilik sendiri pun dah ok... 

Kawan2 semua, Lynn nak solat nie...Nanti malam Lynn update kat korang Zoo Johor yer...Kitorang gie melepak kat Zoo Johor ramai2 lepas Celebration Mr. Hubby last friday...So nantikan entry tu yer...Bye...

7 comments:

nsazwa said...

SALAM LYNN....
ADA SKYPE YE..?APA NICK NYA?
klu segan ..send email pun tak pe..boleh kita kenal2...
hananiey_4601@yahoo.com

LeEyA said...

profesion kita sama rupanya.. tp, keje sy dh bertambah disebabkan kenaikan gred...

Poyaty said...

k.lynn, black n white juga cool. bestnya dok JB. i wish i dpt posting sana. bole slalu ke skudai. ahahaha

fikaryna said...

putih okeh..sbb nak nak deco..tp bole letak kaler2 ker..kalu ryna cadang pink lmbt atau biru lmbt..huhu..

SJB said...

Rajin nya.

Mak Long Cyber said...

Hias dengan warna biru.
Konfem LYnn datang pejabat asyik nak
tidur je.
Warna yang ceria pun ok.

Miss Q said...

you know what lynn, my sister pun PA jugak. and duda dia ejek apa tau? "Tukang asah pencil bos"! Siot je kan

intenet opis block YM skype apa bagai kan?? UITM block FB. sedih ohh