January 13, 2010

Update Tentang Qistina

Syukur alhamdulillah...

Masuk hari nie dah hari ke8 @ minggu kedua Lovely Qistina bersekolah di Tadika Ixora Ria...Jadi aku nak citerkan sket perkembangan my little daughter tu...
  1. Setiap pagi @ minggu pertama sewaktu aku hantar dia ke Tadika dia akan menangis dan x nak lepas memeluk aku...Nak tak nak terpaksa la teacher yang paling close dengan dia @ Teacher Fatimah akan dukung dia dan bawa dia masuk ke dalam one of the room untuk mengelakkan dia berlari mengikut aku dan Mr. Hubby...Huhuhu...Kata kawan2 yang lebih senior maybe Lovely Qistina baru nak sesuaikan diri dengan environment baru...Dan setiap hari @ minggu pertama aku telah spend kredit telefon untuk bertanyakan keadaan dia di school...
  2. Setiap petang bila aku & Mr. Hubby sampai jer di Tadika Ixora Ria, Lovely Qistina akan berlari ke pintu pagar dan menyambut kami berdua...Hehehehe...Dan waktu tu dia x pulak menangis tapi menunjukkan riak muka yang paling happy sekali...Seronok sket tengok dia macam tu...Tak la susah hati aku & Mr. Hubby...
  3. Sebelum balik ke rumah aku & Mr. Hubby akan bertanya pada Teacher Fatimah tentang perkembangan Lovely Qistina di school...Dan alhamdulillah dia bukan la budak yang suka meragam...Cuma katanya Lovely Qistina tidak mahu minum susu...But my daughter tidak mempunyai masalah apabila makan...Doc pernah cakap kalau anak dah makan banyak, minum susu akan kurang...Jadi aku x la risau sangat...
  4. Sepanjang minggu pertama Lovely Qistina dan rakan-rakan yang lain menjalani minggu suaikenal...Jadi aktiviti sepanjang hari hanya diisi dengan menari, bermain dan menghabiskan masa bersama-sama...Tapi masuk jer minggu kedua kelas telah dimulakan...Dan yang seronoknya bila balik jer rumah Lovely Qistina akan menunjukkan aku & Mr. Hubby apa yang dia belajar di school...
Aku & Mr. Hubby happy sangat tengok perkembangan dia...Dengar dia berceloteh tentang itu dan ini...Happening sungguh...Dan harapan kami, Lovely Qistina x rasa boring la di Tadika Ixora Ria tu...Insyaallah...