December 28, 2009

2009 - Dah Nak Berlabuh Dah...

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun 2009...Macam tak percaya jer dah pun sampai ke penghujung tahun 2009...Usia pun makin meningkat dan next year akan mencecah ke angka 29...

Sebenarnya entry kali nie aku nak share dengan korang tentang Azam 2009 aku...Syukur alhamdulillah apa yang target sepanjang tahun 2009 ada yang tercapai...Walaupun azam aku tak tercapai sepenuhnya tapi bagi aku ini merupakan perkara yang terbaik yang dapat aku lakukan sepanjang tahun 2009...Dan aku sentiasa berharap agar aku berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini lagi untuk mencapai sebahagian daripada azam yang masih belum terlaksana...

Dan untuk menghabiskan baki beberapa hari lagi sebelum kedatangan 2010 aku nak sangat gie holiday bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...Dalam fikiran nie dah bermacam2 plan yang timbul tapi agak mustahil untuk dilaksanakan...Mungkin dalam minggu nie aku berpeluang untuk bercuti ker dan spend masa dengan keluarga tercinta...Insyaallah...Balik nanti leh la bincang2 dengan Mr. Hubby...Hehehehe...

Ok arr...Ada kerja nak buat nie...Will continue later...Muaahhhss..

No comments: