October 19, 2009

- JaWaTan KoSonG -

Beberapa hari nie aku dok terfikir2 tntg kerjaya aku di Lembaga Pertubuhan Peladang nie...Entah la...Aku jadi buntu la lately nie...

Baru-baru nie LPP ada kuarkan iklan dalaman kekosongan jawatan bagi gred N27...Untuk pengetahuan korang semua post aku di LPP nie Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17-K jer...Erti kata lain aku nie Personal Assistant kepada Pengarah la...Dah 5 tahun aku kat post nie...

Kalau nak dikirakan aku layak untuk memohon jawatan N27 tu...Sebab aku ada diploma yang diiktiraf...Tapi yang sedihnya selama 5 tahun aku kat LPP ni dah lebih dari 3 kali aku mohon jawatan tu setiap kali ada iklan kekosongan jawatan dibuka...Setiap kali aku mohon setiap kali tu la Pengarah aku duk sediakan surat sokongan...Tapi entah kenapa masih belum ada rezeki aku di sini...

Malah aku tak pernah dipanggil interview pun...Sebab apa yer? Adakah sebab aku tak pandai nak membodek orang atasan atau menggunakan kabel yang sepatutnya...Aduhai...Perlukah aku buat tu semua untuk memajukan diri sendiri?

Sehingga ke hari nie aku tertanya-tanya perlukah aku mohon sekali lagi jawatan N27 tu? Buntu la...

1 comment:

~ thalhazlin ~ said...

huhu. sabar lah kak lynn. mungkin belum ada rezeki tapi akak jangan lah putus asa mencuba di samping sentiasa berdoa kepada Allah ya kak.